5 Sebab Orang Suka Membeli Di Shopee Dan Anda Mesti Gunakan Sebab Itu Untuk Menjual Dan Buat Duit!

Shopee merupakan platform online shopping yang masih baru. Mungkin paling baru antara platform online shopping yang biasa kita kenal.

Walaupun baru, populariti shopee cepat meningkat dan shoppe menerima kunjungan ramai pengguna setiap hari. Transaksi jualan juga sangat tinggi.

Pihak shopee sendiri telah mempromosikan ‘diri’ secara aktif di media social, media online, media arus perdana dan antara penaja Liga Malaysia. Ini antara sebab kenapa Shopee cepat meningkat ratingnya.

Shopee bukan hanya sekadar tempat anda boleh membeli, di sini juga anda boleh menjual!

Ya! Bagi sesetengah orang, mereka menjadikan shopee sebagai tapak memulakan bisnes online. Dan yang menariknya, bisnes online di Shopee ini boleh dibuat secara sambilan sahaja.

Ramai yang telah mula buat banyak duit di Shopee. Anda patut tidak ketinggalan.

Bagaimana mahu mula berniaga online di Shopee dan buat banyak duit di situ?

Mari kita lihat 5 kecenderungan utama, kenapa ramai orang memilih Shopee berbanding platform online shopping yang lain. Jika anda dapat memenuhi 5 kecenderungan ini, mudah sahaja anda buat duit di Shopee.

Berikut adalah 5 sebab kenapa ramai memilih Shopee berbanding platform online shopping yang lain.

1# Harga murah dan berpatutan

Harga yang ditawarkan di Shopee memang agak murah dan berpatutan berbanding platform online shopping yang lain. Sebab itu kadang-kadang pembeli tidak berfikir panjang bila membeli di Shopee.

Jika anda dapat cari pembekal produk yang menawarkan harga rendah kemudian menjual di Shopee dengan harga murah dan berpatutan dan produk itu pula memang sedang dicari-cari orang, memang akan cepat dan banyak terjual.

2# Ramai penjual yang menawarkan penghantaran percuma

Kos penghantaran boleh menyebabkan pelanggan tidak jadi membeli. Jika anda dapat menawarkan kos penghantaran yang percuma (serap kos penghantaran bersama harga barang) atau kos penghantaran rendah, anda akan dapat menarik pembeli.

Ambil peluang bila pihak Shopee menawarkan tanggungan kos penghantaran.

Biasanya, kalau dikenakan caj kos penghantaran pun ramai yang akan membeli kerana harga barangan yang murah dan berpatutan.

3# Risiko berjumpa ‘scammer’ adalah 0%

Shopee membangunkan satu sistem untuk memastikan pembeli selamat daripada ‘scammer’ (penipu online) ini. Ini untuk memastikan mereka yang membayar akan mendapatkan barang yang dibeli (rujuk point #4). Bukan duit sudah dibayar tapi barang entah ke mana.

Anda yang menjual dengan cara yang betul pun tertakluk dengan system ini. Jadi tentu tiada masalah untuk anda mematuhi peraturan ini kerana tentunya anda mahu berniaga dengan jujur.

4# Duit pembeli selamat di dalam sistem Shopee sehingga barang yang dibeli telah diterima

Ini yang disukai pembeli online. Mereka tahu yang mereka akan dapat barang yang mereka beli. Kerana duit yang mereka bayar akan ‘disimpan’ oleh shopee. Ini yang membezakan Shopee dengan platform online shopping yang lain.

Setelah barang dapat barulah duit itu diserah kepada penjual. Jika barang yang dibeli tidak sampai kepada mereka, mereka boleh ‘meminta’ balik duit itu daripada shopee.

Tiada isu penjual ‘ambil’ duit tapi barang tidak dihantar.

Tentunya tiada masalah bagi anda yang ingin berniaga untuk menghantar barang dulu kepada pelanggan kerana pastinya anda tetap dapat duit yang disimpan oleh Shopee setelah pelanggan menerima barang yang mereka beli daripada anda.

5# Ada proses ‘pemulangan dan penggantian” barang jika menepati terma dan syarat

Tentulah pembeli ingin mendapatkan barang seperti yang diiklankan. Bukan yang diiklankan lain, yang dapatnya lain. Jika di platform lain sukar untuk pembeli memulang dan mendapatkan barang lain atau mendapatkan wang kembali jika barang yang diterima bukan berada dalam kondisi yang sepatutnya.

Dan anda pula sebagai peniaga yang jujur dan inginkan keberkatan rezeki, tentulah akan mengiklan barang seperti yang sepatutnya mengikut keadaan sebenar barang. Tidak berlebih-lebih hanya semata-mata mahu pelanggan membeli.

Kesimpulannya…

Ada banyak lagi sebenarnya yang membuatkan ramai orang membeli di Shopee.

Dalam 5 kecenderungan utama kenapa orang membeli di Shopee ini, cukup kalau anda hanya memberi perhatian kepada 1# mencari supplier produk yang murah dan menjual dengan harga berpatutan kemudian 2# cuba kurangkan kos penghantaran.

Anda mempunyai potensi menjana pendapatan hingga 4 angka seminggu!

Dapatkan ilmu untuk memulakan bisnes di shopee dan anda sebenarnya boleh mula menjual di shopee tanpa memegang stok produk pun. Cara dropship yang ditunjukkan melalui ebook bisnes shopee ini boleh dijadikan rujukan mendapatkan ilmu.

panduan bisnes di shopee

Jangan membeli sahaja. Anda juga boleh menjual!

Share

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge