Pengumuman tarikh bila akan melihat anak bulan Ramadhan adalah tanda besar kemunculan bulan ramadhan yang mulia dan ia belum lagi diumumkan.
Tapi kita sudah tahu ramadhan makin hampir bila tanda-tanda kecil sudah muncul. Walaupun ini dianggap tanda-tanda kecil, sebenarnya ia memberi impak yang besar dalam hidup kita.
Ini tanda-tanda yang saya perasan. Mungkin anda tahu tanda-tanda yang lain.
Kita tahu ramadhan sudah hampir…
1 # Bila sudah selalu ada satu suara perempuan yang begitu manja dan menggoda, asyik berbisik, “Yusuf Taiyoob……”
2 # Bila tepung dan minyak yang begitu banyak tiba-tiba hilang! Susah mahu mendapatkannya. Hampir tiada di kedai runcit dan pasar raya. Sekejap lagi mungkin gula juga akan semakin hilang! Bersedialah untuk menghadapi kekurangan barangan yang lain.
3 # Bila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan asyik memberi amaran kepada pengilang dan asyik mengugut untuk diambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan dengan menaikkan harga. Tetapi tiada tindakan yang diambil dan amaran serta ugutan itu menjadi bahan ketawa orang sahaja.
4 # Bila pemilik kenderaan keliru untuk parker kereta mereka di tepi jalan seperti di jalan Raja Alang Kampung Baru KL, dan di tempat lain kerana melihat luas ‘kotak parkir’ yang ada nombor tidak sampai sedepa.
5 # Bila ada kawan-kawan kita yang mula mengeluh tentang gastric yang mereka alami. Ramai yang mula berjumpa doktor untuk minta pengesahan.
Begitulah antara banyak tanda kecil bakal munculnya ramadhan sebelum tanda besar pengumuman tarikh melihat anak bulan.
Kita boleh kongsikan tanda-tanda yang kita tahu dalam ruangan komen di bawah kerana setiap orang ada pengalaman dan nostalgia tersendiri.
antara tanda-tanda kecil yang memang ketara setiap kali ramadhan kan.. 🙂
puteri kasih recently posted..Belajar Buat Duit Dari Rumah Secara Percuma
Setiap tahun begitulah keadaannya…
Setiap tahun digendangkan masalah yang sama. 🙁
akubiomed recently posted..Majlis perkahwinan Faizal dan Nurul Farhana
Masalah yang katanya akan diselesaikan, hakikatnya ia terus berlaku…
Tapi yang menarik adalah tanda yang nombor 5, kebanyakkan doktor semua perlu bersedia dengan alasan tak nak bagi sijil cuti sakit.
Pakar Bagaimana recently posted..Bagimana Memilih Peguam Yang Terbaik dan Bagaimana Mengelakkan Peguam Yang Tidak Baik