6 Langkah Mudah Bagaimana Memulakan Bisnes Di Ebay

Masih ramai tidak tahu bagaimana untuk memulakan bisnes di ebay. Mari saya terangkan 6 langkah memulakan bisnes di ebay.

LANGKAH 1: Sediakan Kad Kredit / Debit

Pastikan kad ini mempunyai baki RM50 ke atas. Sebelum itu, kalian kena call pengeluar kad / buat panggilan ke bank dan minta mereka membuka sekatan atau aktifkan: ‘International/oversea purchase’ juga ‘e-Commerce purchase’.

Biasanya e-Commerce purchase dalam negara automatik aktif.

LANGKAH 2: Buka Akaun Email & No.Tel

Mungkin kalian sudah ada email dan No.Tel. Bagaimana pun saya cadangkan kalian sediakan satu email khusus untuk bisnes ini. Jangan bercampur dengan email yang lain.

Email yang terbaik adalah Gmail. Atau guna email lain yang kalian suka.

LANGKAH 3: Buka Akaun Ebay & PayPal

Buka akaun eBay sebagai platform untuk menjual. Sasaran kita untuk menjual di USA dalam nilai USD. Bayangkan bila USD ditukar ke RM! Ini untungnya berniaga di eBay.

6 langkah memulakan bisnes di ebay

Buka akaun PayPal untuk menerima bayaran. PayPal menggunakan email sebagai No.Akaun. Kita akan menerima email dari eBay dan PayPal bila barang kita terjual.

Email untuk PayPal ini sama untuk membuka akaun eBay. Sebab itu perlu email khusus untuk bisnes ini. Supaya email dari eBay dan PayPal tidak bercampur dengan email peribadi yang lain. Kita tidak mahu terlepas pandang bila ada jualan.

LANGKAH 4: Cari Barang Yang Boleh Dijual

Buat ‘Market Research’, barang apa yang hendak dijual. Boleh gunakan web eBay sendiri untuk mencari barang yang boleh dijual.

eBay sentiasa memaparkan produk yang terjual dalam “sold listing”. Atau kalian boleh taipkan apa-apa keyword dalam tab search dan lihat hasilnya. Mungkin ada barang-barang yang terpapar itu boleh di dapati di Malaysia dengan kos harga yang lebih murah.

Contoh bila menggunakan keyword “egg” dan hasilnya seperti di bawah:

LANGKAH 5: Senaraikan Barang Di eBay

Listkan atau senaraikan barang yang ada potensi untuk laku di eBay. Cadangan saya untuk cuba menjual apa-apa barang biasa kita gunakan seharian. D sini seolah-olah tiada kos untuk menjalankan bisnes di eBay ini sebab kalau tidak menjual pun, barang itu tetap kita beli. Contohnya: minuman kopi 3in1.

LANGKAH 6: Buat Penghantaran Barang Yang Laku

Sekiranya barang yang kita senaraikan telah jual, maka kenalah hantar atau post barang ini menggunakan bungkusan Flexipack International oleh Pos Malaysia. Tetapi pastikan dulu yang kita telah menerima bayaran. PayPal akan mengirim email untuk memberitahu bayaran telah dibuat.

6 langkah memulakan bisnes di ebay

Di sini kita kena keluarkan modal sedikit untuk kos pengiriman kerana untuk akaun baru, kita belum boleh keluarkan duit dari PayPal. Tetapi jangan risau duit kita ada di situ!

Itu 6 langkah mudah untuk memulakan bisnes di ebay. Untuk panduan lebih lengkap bagaimana memulakan bisnes di ebay… (klik>)…

RUJUK PANDUAN EXPORT MUDAH BARANG MALAYSIA KE USA MENGGUNAKAN PLATFORM EBAY

 

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge