9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang

Untuk memastikan Bisnes Air Balang yang kamu usahakan laris, ikuti 9 panduan yang telah terbukti amat berkesan ini.

9 panduan atau tip ini hasil temuramah dengan beberapa penjual air balang yang berjaya. Jadi 9 panduan ini bukan teori semata-mata.

Panduan ini bukan hanya berkesan untuk bisnes air balang, juga boleh diguna pakai untuk apa juga bisnes gerai bergerak.

9 tip atau panduan supaya jualan bisnes air balang laris!!!

1# Pastikan Jalannya 2 Hala

Elak berniaga di tepi jalan sehala.

Jalan 2 hala yang ada penghalang (divider) di tengahnya juga dikategorikan sebagai jalan sehala. Jangan berniaga di sebelah sini atau sebelah sana.

Ini kerana pemandu selalunya akan memandu laju di jalan sehala. Mereka sukar atau memang tidak akan berhentikan kenderaan untuk singgah membeli.

Pelanggan hanya mereka yang lalu lalang tepi jalan. Itu pun tidak ramai kerana mereka tidak boleh melintas jalan yang ada divider.

2# Pacak Gerai Di Sebelah Jalan Yang Betul

Sebelah mana orang pergi dan balik kerja?

Jika berniaga pagi dan tutup petang, berniagalah di sebelah jalan orang pergi kerja. Jika berniaga petang membawa ke malam, berniagalah di sebelah jalan orang balik kerja.

Barulah orang senang singgah. Mereka tidak perlu u-turn atau memberhentikan kenderaan kemudian melintas jalan untuk ke gerai kamu.

Atau perhatikan keadaan orang lalu lalang di waktu yang kamu bercadang untuk berniaga.

>> PANDUAN LENGKAP MEMULAKAN BISNES AIR BALANG <<

3# Ada Ruang Untuk Kereta Berhenti

Bila dapat pacak gerai di kawasan kereta mudah parking, ini bonus! Bukanlah ruang parking yang besar sangat, kalau sekadar jalan lebar yang memudahkan kereta parking sekejap pun sudah memadai.

4# Elak Berniaga Sendirian

Eh! Bestlah berniaga sendirian. Tidak ada persaingan? Ini sikap atau pandangan yang silap.

Hakikat sebenar adalah, orang akan lebih tertarik untuk singgah membeli jika terdapat beberapa gerai. Kerana mereka boleh berbelanja macam-macam (beli sekaligus) dengan sekali berhenti sahaja.

Jadi jangan marah kalau ada orang pacak gerai di sebelah gerai kalian. Cuma pastikan orang tu, berniaga produk lain. Bukan  sama jenis produk dengan kalian. Kalau sama, letak jauh sikit!

5# Gantung Banner Besar Untuk Promosi

Kamu kena beritahu pelanggan apa yang kamu jual. Tidak cukup kalau pacak payung dan letak meja sahaja.

Banner adalah antara benda penting untuk beritahu orang ramai tentang apa yang kalian jual.

Dari jauh lagi orang sudah tahu apa kalian jual dengan hanya melihat banner. Bila orang tahu, timbullah kemahuan untuk beli.

Jangan pula biarkan banner itu di situ sampai berhabuk tidak bertukar. Dalam tempoh tertentu, tukar dengan banner baru dan desain yang baru juga.

panduan lengkap memulakan bisnes air balang - ahmadyani.com

6# Pantas Melayan Pelanggan

Tetapkan masa yang sesuai pelanggan mendapat apa yang minta.

Sebagai contoh, jika pelanggan seorang, berapa saat dia mendapat air yang dimintanya. Termasuk juga hitungan masa mengambil dan mengembalikan baki wang. 10 saat? 20 saat? 30 saat?

Jika seorang pelanggan 10 saat. Dalam 1 minit kita dapat melayan 6 pelanggan. Jangan pandang rendah masa melayan pelanggan ini. Pelanggan tidak suka menunggu lama!

Untuk pantas atau cepat melayan pelanggan, peniaga terutama yang baru menjalankan bisnes air balang perlu selalu praktik cara menceduk dan membungkus air. Supaya tidak terkial-kial nak ceduk dan ikat bungkusan air depan pelanggan.

7# Air Milo Wajib Ada

Jangan lupakan pelanggan kanak-kanak. Mereka sukakan Milo.

Rugilah kalau abaikan kanak-kanak ini. Orang tua kadang-kadang datang beli air untuk anak-anak sahaja. Bila sudah beli untuk anak-anak, tentu sekali mereka akan membeli untuk mereka sendiri. Tak kan nak berkongsi air Milo anak pula.

8# Buka Secara Konsisten.

Walau pun ini bisnes kita sendiri. Jangan buka dan tutup ikut suka kita je.

Pernah tidak kalian alami pengalaman, mahu membeli sesuatu tapi kedainya tidak buka. Tetapi bila tidak mahu membeli, kedainya buka pula. Memang menyampah dan sakit hati.

Jadi peniaga jangan buat perangai yang boleh menyakitkan hati dan membuatkan pelanggan menyampah. Buka kedai ikut suka hati. Hari ini buka, esok tutup. Lusa buka semula, tulat tutup. Sehari buka, sehari tutup.

Memang susahlah nak dapatkan pelanggan tetap kalau peniaga buat perangai macam tu!

9# Kawal Kerugian Dengan Kiraan Modal 1/3 | 1/4

Pastikan modal untuk buat satu balang air hanya 1/3 (atau ¼) sahaja dari hasil jualan.

Contoh: kos buat 1 balang air jambu ialah RM20. Bila habis terjual 1 balang, kalian boleh dapat RM80 (kos 1/4)

Cara ini akan membuatkan kalian tenang bila berniaga dan tidaklah terasa “down” sangat bila air tidak habis terjual terutama bila cuaca sejuk. Sebab kalian sudah tahu yang kalian hanya perlu jual ¼ balang air sahaja untuk pastikan, sekurang-kurang balik modal untuk hari itu.

===

Itu serba sedikit tips yang dapat dikongsikan bila kalian ingin berniaga air balang di tepi jalan. Untuk ilmu dan tips yang lebih lagi, kalian boleh miliki Panduan Bisnes Air Balang di bawah:

 

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge