Amalkan 10 Tip Ini Untuk Menjadi Jutawan

Dalam buku The Millionaire’s Mind, Dr Thomas J. Stanley mencatatkan 10 tip untuk menjadi jutawan.

Dr Thomas J. Stanley telah membuat survey ke atas beribu-ribu jutawan. Hasil survey itu, beliau mendapati semua jutawan itu memiliki 10 ciri yang sama.

bagaimana menjadi jutawan

Jadi Dr Thomas J. Stanley menyarankan kepada mereka yang ingin menjadi jutawan untuk menerapkan 10 ciri ini dalam diri mereka. Kerana 10 ciri ini ada pada diri setiap jutawan yang beliau temui.

10 Tip Jadi Jutawan

Berikut adalah 10 ciri jutawan yang boleh menjadi 10 tip untuk kita menjadi jutawan.

1 # Jujur dengan semua orang.

Mereka yang bersifat jujur disenangi semua orang. Tidak ada sesiapa pun yang ingin berurusan dengan mereka yang tidak jujur. Usahawan yang tidak jujur akan ditinggalkan pelanggan. Tiada pelanggan yang mahu berurusan sekaligus tidak mahu ‘memberikan’ duit kepada usahawan yang tidak jujur.

2 # Berdisiplin.

Usahawan tiada BOS yang boleh memantau semua kerja mereka. Mereka bos kepada diri mereka sendiri. Mereka bertanggungjawab kepada bisnes dan diri mereka sendiri. Tiada siapa yang dapat mendisiplinkan mereka kecuali diri sendiri.

Tanpa disiplin, pengurusan perniagaan tidak dapat dijalankan dengan betul dan lancar. Sukar menjadi jutawan bila perniagaan diurus dalam keadaan kucar kacir.

3 # Mudah mesra dengan orang lain

Orang ramai akan mudah menerima kita jika kita mempunyai sifat mudah mesra dengan orang lain. Ini akan memudahan perhubungan.

84% kejayaan seseorang sebenarnya bergantung kepada bantuan mereka yang berada di sekeliling. Tidak banyak jutawan yang menjadi jutawan dengan hanya bergerak seorang diri. Dia perlukan kerjasama orang lain. Orang lain pula hanya mahu memberikan kerjasama bila mereka dilayan dengan mesra.

4 # Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Behind every successful man, there is a women – kata pepatah yang benar kenyataannya. Perjalanan menuju kejayaan akan ‘terganggu’ malah mungkin terbantut langsung bila tiada sokongan daripada pasangan hidup. Pasangan hidup ini mungkin isteri, suami atau anggota keluarga.

Sokongan orang yang rapat dalam hidup kita ialah pemangkin semangat untuk terus berjuang walau dilanda badai ribut kehidupan.

5 # Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Mereka yang ingin menjadi jutawan tidak boleh bekerja sama seperti orang lain. Dia mesti bekerja lebih berbanding orang biasa-biasa kerana jutawan bukanlah orang yang biasa-biasa.

Orang kebanyakkan menghabiskan masa kurang dari 50 jam seminggu dalam melakukan kerja-kerja mereka. Orang yang bergelar jutawan akan bekerja lebih daripada masa itu sehingga 60-70 jam seminggu.

6 # Mencintai karier dan perniagaan

Jutawan menyukai bidang kerja yang mereka ceburi dan itu menjadikan mereka ghairah bekerja dan memburu kejayaan tanpa mengira penat lelah. Bukan sekadar suka mereka mendalami bidang kerja mereka dengan menambah ilmu yang berkaitan. Keghairahan berpandukan ilmu akan memudahkan perjalanan mereka dalam memburu kejayaan.

7 # Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Seperti yang disebut sebelum ini, seorang jutawan tidak menjadi jutawan bila bergerak seorang diri. Setidak-tidak, kalaupun tidak ramai, dia mesti memiliki seorang dua kakitangan yang membantu menguruskan operasi perniagaannya.

Dan sekalipun memiliki hanya seorang dua kakitangan, dia mestilah memiliki kualiti kepimpinan untuk memimpin. Lebih-lebih lagi bila kakitangannya ramai. Orang hanya sanggup bekerja di bawah ketua yang memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi.

8 # Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Persaingan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Selain bersaing dengan usahawan yang lain, persaingan yang paling penting ialah bersaing dengan diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi berbanding kejayaan yang dimiliki sekarang ini.

9 # Cekap dalam pengurusan

Tanpa disiplin perniagaan akan kucar kacir. Dan selalunya ketiadaan disiplin dalam perniagaan ada kaitan dengan kecekapan dalam pengurusan. Mereka yang cekap dalam pengurusan ialah seorang yang berdisiplin.

Usahawan jutawan ialah seorang yang cekap menguruskan diri, pentadbiran perniagaan dan juga cekap mengurus kakitangan. Pengurusan yang cekap dan teratur akan menentukan segala perkara yang berkaitan perniagaan akan berjalan dengan lancar.

10 # Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Apa yang penting perlu ada pada seorang usahawan yang mahu menjadi jutawan ialah kebolehan menjual idea dan produk keluaran syarikat.

Kebolehan menjual memerlukan seseorang itu pandai berkomunikasi. Pandai menulis juga boleh kita katakan sebagai pandai berkomunikasi kerana pada zaman IT ini, banyak orang menjual idea dan produk melalui Internet. Penerangan melalui Internet ialah dengan menulis tentang idea dan produk yang kita jual.

Sesiapa sahaja jutawan yang kita jumpa kebanyakkan mereka mempunyai ciri yang sama. Untuk menjadi seperti mereka, kita hanya perlu ‘copy’ ciri ini dan cuba serapkan kepada diri kita sendiri.

Begitulah cara yang mudah untuk berjaya. Tiru mereka yang telah berjaya.

Mungkin anda perlukan ini:

>>> Bagaimana menjana untung RM15,000 sebulan menjual tudung, walaupun tanpa kedai!

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge