Antara Hikmah PKP Ini Adalah Kita Boleh Memiliki Bisnes Online Sendiri

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilaksanakan kerajaan  memberi kesan yang berbeza kepada setiap rakyat Malaysia.

Ada sesetengah dari kita, sudah mula merasai rimas dan terbeban dengan situasi PKP ini. Yang lainnya masih tersenyum walaupun senyuman kelihatan ‘pahit’. Pahit itu kerana sudah lelah dan letih.

Percayalah…

Siang terang akan tiba setelah malam gelap. Langit akan kembali terang setelah hitam awan ribut. Sunnah alam memang begitu. Allah memang sudah mengatur begitu takdirnya. Setiap satu kesusahan akan disertai kesenangan.

Syaratnya bila kita bersabar dan mengambil pengajaran dari setiap kesusahan, kepayahan atau kesukaran yang kita alami. Jika kita tidak mengambil pelajaran… susah akan kekal susah.

Ya! PKP ini pasti ada hikmahnya. Hanya masa akan membongkarkan hikmah tersebut.  Hikmah mungkin hanya akan kita rasai setelah tamat temph PKP ini.

Syaratnya…jangan diam dan hanya mengeluh sepanjang PKP. Belajarlah sesuatu.

Mungkin asbab Covid-19 ini…

1 – Kita sudah berjaya khatam al Quran beberapa kali dan menghafal beberapa surah al Quran serta dapat memperbaiki (klik >) AMALAN SOLAT kita.

2 – Kita sudah memiliki sebuah (klik >) BISNES ONLINE sendiri. Yang mana sebelum ini, kita tidak sempat hendak belajar dan buat.

3 – Mungkin kita sudah berjaya setelkan hutang kad kredit dan menyusun semula kewangan menjadi lebih teratur. Selepas itu boleh mula (klik >) MELABUR SAHAM disebabkan ada lebih duit dari penangguhan bayaran morotarium dan dari pengeluaran KWSP

4 – Asyik memasak sahaja masa PKP ini, jadi kemahiran memasak kita sudah meningkat. Masih sempat untuk memahirkan diri dalam pembuatan kuih, kek, roti atau pastry? Mungkin menjahit? Atau (klik >) MENGAJAR TUITION KEPADA ANAK-ANAK? Semua kemahiran ini boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan untuk keluarga pula nanti.

Tidak ada siapa yang tahu hikmah PKP ini. Yang penting kita tidak termenung asyik merungut kesal. Jangan duduk diam sahaja. Buatlah sesuatu.

Tidak ada siapa yang tahu takdir Allah. Hanya masa yang menentukan. Bila hikmah itu terbongkar nanti… baru kita sedar. Betapa ujian PKP yang sebenarnya Allah takdirkan ini sebenarnya penuh hikmah dan keajaiban!

Sentiasa bersyukur dan bersabar dengan ujian ini. Allah sayang kita.

 

2 comments

  1. Semoga kita dihindarkan daripada Covid-19.

    Memang banyak hikmah yang terkandung sepanjang PKP ini. Bila sentuh tentang bisnes terutama offline, akan ambil masa juga untuk nak implimentasi secara online. Bukan sehari dua. Tetapi Insha allah, dengan kaedah try and error dan banyak perkongsian di laman sosial, ia sangat membantu peniaga offline khususnya.
    Ikhtiar My recently posted..Hikmah Ramadan 1441 HijriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge