Bangsa Melayu Oleh Syeikh Ahmad al Fathani

Rujuk di Wikipedia untuk mengenal siapa Syeikh Ahmad al Fathani. Ini adalah tafsiran beliau, apa itu Bangsa Melayu:

1 – Bangsa Melayu tinggal di negeri yang sesubur-subur negeri.

2 – Negeri Bangsa Melayu itu terletak di antara Benua India dan Benua China.

3 – Bangsa Melayu juga disebut sebagai Bangsa Jawi.

4 – Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling ringan dan mudah disebut dan mudah dipelajari.

5 – Bangsa Melayu itu bersifat ikhlas, lemah lembut, bahasanya lunak, akhlaknya sopan.

6 – Bangsa Melayu mahir dalam pertukangan, tidak takut menerima perubahan teknologi dan mudah faham dengan segala macam ilmu.

7 – Banyak perkara besar boleh dilakukan oleh Bangsa Melayu tetapi mereka tertipu dengan tipu daya kekuasaan kafir.

# Negeri Melayu adalah negeri yang berkat kerana ramai keturunan Rasulullah datang berdakwah ke sini dan berkahwin dengan penduduk di sini membentuk keturunan dan juga kerana di sini juga lahir ramai ulama yang alim dan warak.

# Bangsa Melayu adalah bangsa teras, bukan bangsa hasil kacukan! Tetapi ramai orang Melayu malu dengan bangsa mereka sendiri hingga ada yang malu mengakui mereka itu berbangsa Melayu

— — —
Saya ringkaskan, edit dan tulis semula (tambah apa yang patut) daripada buku ini;
Buku: MALACCA HAS FALLEN – Keruntuhan Sebuah Empayar Agung
Penulis: Izzuddin Al Jitrawiy #izzuddinaljitrawiy
NOTA MAKLUMAN
– lebih kepada susunan semula tulisan. Dengan cara bullet dan ambil matan (isi penting).
– Ringkasan ikut apa yang saya faham. Penulis mungkin bermaksud lain.
– Jika boleh, PM dan tanya penulis untuk keterangan lanjut.
– Atau tanya mereka yang pakar dalam isu yang dibangkitkan.
– Moga memberi manfaat kepada yang ‘malas’ membaca.
– Yang belum baca, cari buku ini dan baca secara lengkap.
– Yang sudah baca, moga dapat sudut pandang dan kefahaman berbeza.
p/s: Apa pandangan kalian tentang isu ini?

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge