Ini ada satu tempat di mana korang boleh bersarapan pagi sepuas hati. Tidak cukup sepinggan…boleh tambah sepinggan lagi. Tidak cukup? Tambah lagi sepinggan!
Dan korang hanya perlu bayar RM5 sahaja. Dengan RM5, korang boleh makan apa yang ada.
Nasi lemak ada. Nasi goreng ada. Kadang-kadang ada kuih, mungkin roti canai. Pulut dengan ikan masin pun ada. Boleh pilih bihun atau mee goreng. Roti bakar atau telur separuh masak.
Pilihan air hanya teh panas dan teh O. Air pun boleh tambah berkali-kali. Minum sampai puas.
RM5 ini untuk satu kepala. Seorang lah. Datang ramai-ramai kena bayar asing-asing. Tidak boleh kongsi. Bayar untuk sekali makan. Kalau lepas makan kemudian pergi jalan-jalan, bila lapar datang makan balik, korang kena bayar lain.
Makan di kedai sahaja. Kalau bungkus, harganya dikira lain.
Sarapan RM5 ini (buffet) bermula jam 7.30 sehingga jam 11pagi. Dibuka setiap hari keculi Ahad.
Jadi korang yang berdekatan Medan Mara, kalau tidak tahu nak bersarapan pagi di mana… cubalah bersarapan buffet di Mama Chops $ Grill.
Lokasinya di Mara Bistro, tepi bangunan Medan Mara (HQ MARA), Jalan Raja Laut. Mengadap bangunan Komplek Pertama.
Jadi… pastikan korang benar-benar lapar sebelum datang sarapan di sini.
Alaaa dekat KL. Jauh. Baru fikir nak pi sebab boleh lunch terus. hahah
Naziman Azlye recently posted..Bukan Scam – Modal Melabur RM1000 dan Untung 4300% dalam 2 hari
Orang KL bolehla pergi sana. Orang JB tak dapatlah sebab jauh. RM5 makan minum sampai puas.
Ksjb recently posted..Gadai emas untuk berniaga
RM5 memang murah. Jika makan satu kali sehari, cuma belanja Rm150 utk satu bulan saja.
Boleh makan jam9 atau 10 untuk tampung perut 1 hari siang. Kalau lewat sangat mungkin dah habis.
belum pernah lagi ada bufet serendah rm5. mesti ramai yg serbu ni
nikkhazami recently posted..Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia
Tapi ada juga yang curiga….murah tentu tak sedap! Apa pun kena datang dan cuba dulu. Rata-rata yang pernah makan di sini amat puas hati
Rm5 memang murah giler. Susah nk cri sekarang. Jimat kot huhu
Kauthar mohd recently posted..10 sebab kenapa vivix boleh kecutkan cyst dan fibroid
fuh satu alternatif yang best ni..janji kenyang sampai ke petang. boleh jimat banyak.
JMR recently posted..DAYYAN@SCHOOL: Pengalaman Kali Pertama Ikut Rombongan
Only Rm5 SARAPAN?
Kat kota bharu lagi best, siap ada pelayan ke meja meja boleh order apa jenis air nak, kopi susu, milo ais, nescafe, teh tarik, asam limau etc. Tapi byr tetap rm5