Bagaimana cara menjual produk yang terbaik? Jual di platform e-commerce sendiri atau jual di Shopee?
Platform apa yang kalian guna untuk menjual produk? Satu dua jenis produk bolehlah jual di Facebook atau media sosial lain. Kalau sudah banyak tentunya memerlukan satu platform khusus.
Platform khusus ini adalah web e-commerce, di mana di dalamnya kita boleh meletakkan banyak produk dan maklumat produk sekaligus.
Ada beberapa cabaran yang perlu diatasi bila kita mahu mulakan bisnes jenis e-commerce ini. Jadi tidaklah boleh kata senang. Namun tidak juga boleh kata susah kerana ramai yang berjaya dengan bisnes e-commerce ini dalam memasarkan produk mereka.
—
Pilih software dan bina laman web e-commerce
Jika ada bajet yang besar, kita boleh dapatkan khidmat programmer untuk bina satu laman web e-commerce dengan kesemua ciri yang kita inginkan. Bergantung kepada ciri yang kita mahukan dan kepakaran programmer itu, kos upahnya adalah berlainan.
Jika tidak ada bajet yang besar, boleh gunakan platform e-commerce yang tersedia ada jika kita melanggan domain dan hosting dari mana-mana pihak.
Lihat gambar di bawah. Software e-commerce ini sedia ada dalam setiap langganan domain dan hosting.
Ramai memilih OpenCart berbanding yang lain. Sistem OpenCart ini mempunyai sistem affiliate yang dibina sekali dengan software tersebut.
—
2 cabaran dalam pembinaan laman web e-commerce
Bagi yang baru bermula, memang ada banyak perkara yang mencabar dalam aspek pembinaan laman web e-commerce ini.
Kita tumpukan pada dua perkara sahaja.
1 # Cabaran untuk masukkan barang ke dalam web
Apa yang membuatkan laman web e-commerce seperti lazada dan shopee begitu menarik untuk dikunjungi?
Sebab utamanya kerana kepelbagaian produk, ada tawaran-tawaran istimewa dan pilihan harga yang berbeza.
Bila kita memiliki web e-commerce sendiri, produk yang kita masukkan ke dalam web mungkin terhad. Disebabkan kita kena ambil kira soal pembekal yang membekalkan produk kepada kita.
Ini boleh membuatkan pelawat membandingkan e-commerce kita dengan e-commerce yang lain yang lebih terkemuka.
2 # Cabaran untuk mendapatkan (trafik) pelawat / pelanggan / pembeli
Ini adalah soal marketing untuk menarik trafik. Kita boleh buat cara berbayar atau cara percuma.
Kalau berbayar, kenalah siapkan bajet secukupnya. Cara percuma memerlukan kita kerja lebih sikit, tulis artikel / content di blog dan media sosial dan sebagainya. Ia mungkin ambil masa yang lama sikit untuk memberi impak sepatutnya.
Atau kita boleh rekrut affiliate supaya mereka boleh menarik trafik. Jangan lupa membayar komisen affiliate atas setiap jualan yang mereka buat.
—
Untuk senang kerja, jual sahaja di laman e-commerce Shopee
Ya, kenapa bersusah-susah untuk bina laman e-commerce. Kemudian kena fikirkan trafik pula.
Cara mudah adalah, kita jalankan sahaja bisnes dengan menumpang platform sedia yang terkenal seperti Shopee. Walau e-commerce sendiri ada kelebihannya tetapi berniaga di e-commerce sedia ada seperti Shopee lebih banyak kelebihan yang kita dapat.
1 – Tiada caj / yuran penggunaan.
Tiada sebarang caj / yuran dikenakan untuk menggunakan laman web Shopee bagi bisnes kita. Sudah tentu yang Shopee kena ambil sedikit persen (jika ada) daripada setiap jualan yang berlaku. Jika tidak ambil bagaimana Shopee hendak dapatkan kos operasi.
2 – Boleh masukkan banyak barang tanpa caj
Tiada had atau jumlah tertentu untuk masukkan barang. Masukanlah sebanyak mana pun. Ianya percuma sahaja. Bila bina e-commerce sendiri, ada bayaran tahunan untuk domain dan hosting. Kos untuk pemasangan. Bila barang terlalu banyak, mungkin perlukan kos lebih untuk ruang hosting yang lebih besar.
3 – Tidak perlu risau hal-hal pemasaran
Trafik di Shopee amat tinggi. Mereka yang masuk ke Shopee memang dengan niat untuk membeli. Sama ada lambat atau cepat sahaja. Yang pastinya, jarang orang melayari Shopee hanya sekadar tengok-tengok sahaja.
Kalau kita mahu lakukan pemasaran, ia tidak akan seteruk jika kita mempunyai e-commerce sendiri. Hanya sedikit kerja dengan beberapa tip yang boleh diikuti untuk memasarkan produk kita di Shopee. Dengan e-commerce sendiri, banyak kerja yang perlu dibuat dan banyak kos yang perlu dikeluarkan.
4 – Boleh masukkan barang tanpa perlu listing satu persatu.
Sama seperti e-commerce sendiri, jika kita ada produk sendiri, kita kena listing satu persatu di Shopee.
Tetapi jika bisnes kita menggunakan kaedah dropship, ada satu pembekal produk (supplier dropship) yang boleh kita gunakan. Kelebihan yang ada adalah, kita boleh terus link laman web supplier ini dengan laman web Shopee tanpa kita perlu masukan satu persatu produk.
Dalam Panduan Bisnes Shopee (bila kalian memiliki panduan ini), ada diterangkan cara mendaftar dengan pembekal ini. Setelah mendaftar dan memiliki akaun bersama pembekal ini, kita hanya perlu pilih produk dan ‘sambung’kan dengan kedai Shopee kita.
Menariknya, bukan hanya Shopee, kita juga boleh sambungkan dengan e-commerce yang lain seperti Lazada, Lelong juga 11Street.
Kalian ingin tahu lebih lanjut tentang (klik >>) PANDUAN BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES DI SHOPEE? Atau klik gambar di bawah: