Gigi Gerahamnya Di Neraka Lebih Besar Dari Gunung Uhud Disebabkan Tukar Perjuangan Kerana Pangkat Dan Harta

Di dalam satu perhimpunan dengan beberapa kelompok sahabat, Nabi Muhammad (selawat atasnya) bersabda berkenaan kehidupan masa hadapan sahabat baginda yang hadir dalam perhimpunan itu..

“Sesungguhnya… di antara kalian, ada seorang laki-laki yang kelak gigi gerahamnya di neraka lebih besar dari gunung Uhud.”

Sejak hari itu, kehidupan sahabat yang hadir dalam perjumpaan itu tidak berapa tenteram. Mereka risau, yang merekalah laki-laki yang Rasulullah maksudkan.

Masa pun berlalu. Seorang demi seorang meninggal. Sama ada kematian biasa atau syahid di medan perang. Akhirnya, semasa Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, kelompok sahabat yang hadir dalam perjumpaan itu hanya tinggal 2 orang.

Abu Hurairah dan Ar Rajjal bin Unfuwah.

Sudah jelas, sahabat yang lain meninggal dalam pengakhiran baik (Husnul Khatimah). Saidina Abu Hurairah benar-benar berada dalam ketakutan. Ia seperti perlawanan akhir yang hanya tinggal 2 calon.

Salah seorang akan menang. Seorang lagi akan kalah. Saidina Abu Hurairah takut dia akan kalah!

Kemudian muncul nabi palsu! Namanya Musailamah yang kemudiannya digelar pendusta (al Kadzab), Musailamah al Kadzab.

Kemunculan nabi palsu ini semakin mengkhawatirkan. Mereka bawa Islam baru, alQuran baru. Banyak peraturan yang dipermudahkan dan ada peraturan Islam yang dibatalkan kerana dikatakan sudah tidak sesuai dengan zaman baru. Kerana itu ramai (yang lemah iman) suka dan menjadi pengikut Musailamah. Hari ke hari pengikut makin bertambah.

Khalifah Saidina Abu Bakar membuat keputusan tegas untuk memerangi mereka.

Bagaimana pun, prinsip Islam mesti diutamakan. Sebelum diperangi mesti didahului dengan dakwah dan nasihat. Suruhan kembali kepada Islam sebenar.

Ar Rajjal Bin Unfuwah dipilih untuk berdakwah dan memberi nasihat kepada Musailamah al Kadzab dan pengikutnya. (ada riwayat mengatakan Ar Rajjal sendiri yang meminta kepada Khalifah supaya dia yang dihantar)

Ar Rajjal merupakah sahabat yang hafaz alQuran. Biasa hidup susah dan berjuang dengan Nabi Muhammad (selawat atasnya) dan sahabat lain dalam peperangan sebelum ini.

Sudah banyak kali dia dipilih oleh Rasulullah sendiri untuk berdakwah di pelbagai daerah.

Pergilah Ar Rajjal bin Unfuwah ke kubu Musailamah al Kadzab, si nabi palsu untuk berdakwah. Menasihati Musailamah dan pengikutnya agar kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Asal-asalnya dia mahu berdakwah kepada Musailamah… ternyata akhirnya dia yang terhasut dengan ‘dakwah’ Musailamah.

Keyakinan dia mula ragu. Dia gerun takut tidak terlawan tentera Khalifah dengan pengikut Musailamah yang ramai dan semakin ramai. Dia menyangka tentera Musailamah pasti menang kerana jumlahnya lebih ramai. Dan dia juga terliur dengan jawatan dan harta banyak yang ditawarkan Musailamah.

Ar Rajjal bin Unfuwah membuat keputusan menjadi pengikut Musailamah sekaligus menolak Nabi Muhammad (selawat atasnya)!

Ar Rajjal bin Unfuwah berpindah kubu. Dia yakin benar “Islam” pimpinan Musailamah akan menang dan Islam pimpinan Khalifah Abu Bakar akan kalah.

Ar Rajjal bin Unfuwah membelot!

Kehadiran Ar Rajjal ke dalam kubu Musailamah memberikan semangat kepada pasukan nabi palsu ini. Sekarang mereka ada ‘bukti’!

“Ini Ar Rajjal, sahabat Rasulullah dan selalu berjuang bersama Nabi Muhammad. Dia hafal alQuran dan menguasai hadis. Sekarang dia berada dalam barisan kita, bererti barisan inilah yang benar.”

‘Bukti’ ini membuatkan pengikut Musailamah semakin banyak dan percaya mereka dalam ‘kebenaran’ Musailamah alKadzab kerana mendapat ‘angin segar’ dengan bergabungnya tokoh sahabat ke dalam pasukan mereka.

Di sisi lain Saidina Abu Hurairah berasa lega.

Sekarang sudah jelas, dia bukanlah orang yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad (selawat atasnya)… laki-laki yang gigi gerahamnya di neraka lebih besar dari  gunung Uhud!

Suasana di dua kubu semakin panas. Satunya, kubu Khalifah Abu Bakar yang diwarisi daripada Nabi Muhammad (selawat atasnya). Keduanya, kubu Musailamah alKadzab.

Di kubu Khalifah Abu Bakar, mereka bersemangat dan keyakinan mereka kukuh sekukuh saat mereka pertama kali mengucap dua kalimah syahadah. Lebih lagi bila mereka mendengar hadis tentang ‘gigi geraham’ yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah.

Sementara di kubu Musailamah, semangat mereka memuncak dengan sokongan Ar Rajjal yang hafal alQuran dan pernah berjuang bersama Nabi Muhammad (selawat atasnya).

Masing-masing dua kubu memiliki kekuatan yang kuat. Kekuatan di kubu Khalifah Abu Bakar bersandarkan yakin akan pertolongan Allah. Kekuatan di kubu Musailamah hanya bersandarkan jumlah yang ramai.

Kedua-dua kubu ini pun bertembung. Perang berkecamuk! Perang ini dinamakan Perang Yamamah.

Gambar Google

Dan sejarah pun tercatat. Kubu Musailamah remuk dan hancur.

Musailamah dibunuh oleh Wahsyi menggunakan tombak yang pernah diguna untuk membunuh Saidina Hamzah. Sementara Ar Rajjal bin Unfuwah dibunuh oleh Zaid al Khattab. Abang kepada Saidina Umar al Khattab.

= = =

Peristiwa ini sudah lama berlalu. Akan tetapi persamaan sejarahnya.. tidak siapa dapat nafikan kekal berlaku sepanjang zaman.

Bila ia berlaku, ramai tumpu perhatian kepada Musailamah kerana dia ‘pelakon’ utamanya!

Namun hakikatnya… individu seperti Ar Rajjal lebih bahaya berbanding ‘tokoh utama’ Musailamah itu sendiri.

Musailamah sudah jelas nyata kesesatannya.

Sementara Ar Rajjal telah menggunakan ‘Islamnya’ masa lalu, kehidupan dan perjuangannya bersama Rasulullah, hafalan ayat alQuran untuk membenarkan perbuatan Musailamah.

Ia menyebar dakwaan yang Rasulullah telah menjadikan Musailamah sekutu dalam kenabian. Selepas Rasulullah wafat, maka Musailamah orang yang paling layak membawa tugas kenabian.

Bukan sedikit orang yang termakan kata-kata Ar Rajjal ini terutama mereka yang baru masuk Islam. Mereka percaya dengan kebohongan Ar Rajjal kerana penyalahgunaan keIslamannya, hubungannya dengan Rasulullah dan pengetahuannya tentang alQuran.

“Sesungguhnya fitnah Ar-Rajjal lebih besar daripada fitnah yang ditimbulkan oleh Musailimah.”

Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dari gurunya, dari Abu Hurairah RA.

(Lihat: Ibnu Katsir, Al-Bidayah wan-Nihayah, dalam bahasan nabi palsu Musailimah Al-Kadzab)

= = =

Sejarah telah menuliskan kisah ini dan sejarah pasti akan berulang Cuma berbeza zaman dan berbeza pelakunya.

Ya Allah, jauhkan aku dan seluruh kaum Muslimin daripada fitnah ‘Ar Rajjal’ masa kini.

 

Share

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge