Ini Buktinya Dunia Dan Kehidupan Manusia Makin Hampir Ke Penghujung!

Di zaman Nabi Muhammad (selawat atasnya), dunia diibaratkan seperti orang tua yang sudah bongkok tiga. Bagaimana keadaan dunia sekarang ini?

Kalau kita meneliti keadaan dunia dan kehidupan manusia sekarang ini, tidak dapat hendak dinafikan… dunia sebenarnya sudah tenat!

Saya ambil apa yang sahabat Facebook, Gpra AL Masihi tulis di wall beliau untuk renungan kita bersama.

Inilah keadaan dan suasana penghuni bumi hari ini:

1 # Ada yang dihimpit kesejukan melampau di bawah -50C yang menggigit sampai ke tulang sum-sum seperti di USA dan UK.

2 # Sementara yang lain ‘dipanggang’ kepanasan menggila melebihi 50C dan kemarau dahsyat seperti di Australia.

Foto: AFP

3 # Penduduk diselubungi jerebu teruk hingga batuk dan hidung berdarah seperti di Thailand.

4 # Sementara penduduk negara lain tidak henti-henti ditimpa musibah banjir besar, tsunami, gunung berapi, gempa, puting beliung dan tanah runtuh seperti di Indonesia, Jepun dan Mexico.

Rujukan Ilmu: YAKJUJ DAN MAKJUJ TERMASUK TANDA KIAMAT

5 # Ada penduduk yang menderita fizikal diseksa, dibunuh dan dinafikan hak bernegara seperti di Myanmar, Syria, Yaman, Palestin dan Uighur China.

6 # Sementara penduduk lain menderita jiwa dan hilang ketenangan fikiran dengan politik dan kepimpinan bobrok. Hina menghina dan fitnah adu domba. Keliru dengan nilai diri. Kehidupan bagai berjalan atas dahan rapuh seperti di Malaysia.

7 # Ada negara yang mula ‘risau’ bila cahaya Taufik dan Hidayah Allah mencurah turun kepada penduduknya seperti di Filipina, Jerman, Russia, Korea Selatan dan lainnya. Ada yang sedang menunggu kerajaan autonomi penuh seperti kepulauan Sulu dan Mindanao.

8 # Binatang-binatang juga keliru. Dulunya cuma makan lumut dan rumput kering dibatu-batuan gunung, kini berumput dan berlalang hijau seperti di negara Timur Tengah.

8# Tanah yang dulu kering kontang kini asyik hujan dan banjir. Tanah bergurun kuning menjadi hujau. Panas membahang pun ditimpa salji seperti di negara yang punya 2 Tanah Haram (Haramain)

9 # Dan tasik besar berair yang menjadi sumber minum dan pengairan mula susut kekeringan di Tasik Galilee seperti di negara tidak wujud Israel.

10 # Bacalah berita. Ada bermacam kisah dunia yang tidak terfikir akan berlaku, sudah pun berlaku.

Ya Allah, Ya Rabbi… akal fikir dan ilmu pengetahuan kami tidak tercapai untuk mentafsir segala kejadian yang berlaku.

Apa yang mampu kami katakan hanyalah… apakah semua yang berlaku ini sebahagian dari tanda-tanda Kiamat?

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge