Ini Penjelasan Yang Betul Tentang Salah Faham Perniagaan Ebay

 

Secara mudahnya untuk lebih mudah faham, ebay adalah satu platform jual beli

Di ebay anda boleh membeli pelbagai pilihan produk dengan harga yang anda mampu.

Di ebay juga anda boleh menjual produk dengan harga tetap atau membuat lelongan bermula dengan harga terendah yang mungkin.

Ramai  di Malaysia tahu tentang ebay, tapi kebanyakkan mereka hanya tahu membeli. Tidak ramai yang tahu dan pandai menggunakan ebay sebagai tempat menjual atau memasarkan produk mereka.

Mereka yang hanya tahu membeli adalah pengguna ebay. Mereka yang menjual boleh lah dipanggil usahawan ebay.

Panduan Bisnes Ebay

Ramai  usahawan ebay di Malaysia berusaha senyap-senyap. Mereka tidak dikenali atau sememangnya tidak mahu dikenali. Seorang dua sahaja yang dikenali. Dan dalam beberapa orang yang dikenali ini, sebahagiannya mungkin sudah tidak menggunakan ebay lagi atas beberapa faktor.

Antara usahawan ebay ini, ada yang menganjur kursus berkaitan ebay. Secara beramai-ramai dalam dewan seminar atau latihan peribadi di rumah. Kursus ini bukan percuma.

Saya pernah ikuti kursus anjuran Tuan Mohd Najib Asaddok. Tidak tahu sekarang beliau masih berebay atau tidak. Yang pastinya ketika ini beliau terkenal dengan Seminar Roket Emel.

>> KLIK DI SINI untuk belajar tentang ebay melalui ebook atau seminar kursus <<

Walau ebay terkenal seantero dunia. Dan di Malaysia pun ada cabangnya. Masih ada yang langsung tidak tahu tentang ebay.

Mereka yang tahu pula mempunyai tanggapan yang salah tentang ebay. Juga salah faham berkenaan kursus-kursus ebay yang dianjur oleh oleh mana-mana pihak.

Antara salah faham itu adalah: (dijelaskan juga perkara yang betul tentangnya)

Salah faham 1# Kena borong stok dengan modal besar. Untung pula kecil. Sebab kalau jual mahal, lebih baik orang jual di luar ebay sahaja.

Perkara betul: Sebenarnya tidak perlu modal besar untuk bermula di ebay. Juga tidak perlu memborong atau simpan stok.

Boleh guna kaedah dropship. Untung pula walau kecil tapi sebenarnya besar, kerana ada pilihan untuk menjual di luar negara menggunakan USD. Nilainya besar bila USD di tukar kepada ringgit (RM).

Salah faham 2# Ebay adalah cabang pemasaran untuk mereka yang ada kedai sahaja. Siapa yang tiada kedai tidak boleh berniaga di ebay.

Perkara betul: Sesiapa sahaja boleh bermula di ebay. Bukan hanya khusus untuk mereka yang mempunyai kedai sahaja.

Salah faham 3# Mesti ada kemahiran tinggi IT dan grafik computer.

Perkara betul: Ebay adalah platform Internet, jadi memang perlu tahu menggunakan computer, email, perbankkan internet dan sebagainya yang berkaitan tapi tidak teknikal sangat. Dengan sedikit tunjuk ajar sahaja, sesiapa pun boleh faham dan mahir.

Salah faham 4# Perlu ramai kenalan, network, mesti ada blog dan sebagainya untuk memasarkan produk yang dijual di ebay.

Perkara betul: Ebay mempunyai ahli berdaftar melebihi 200 juta orang. Dalam lebih 200 juta ini tidak sampai 10% pun yang menjual. Selebihnya bersedia untuk membeli. Kepada yang selebih inilah sasaran untuk menjual.

Salah faham 5# Perlukan banyak masa mencari produk dan pembekal. Kemudian masa untuk membungkus dan poskannya dan sebagainya.

Perkara betul: Kaedah dropship (seperti #1 di atas) ialah rahsia terbesar usahawan ebay yang berjaya.

Melalui kaedah dropship, usahawan ebay tidak perlu pening-pening memikirkan soal simpanan, pembungkusan, pengeposan dan sebagainya. Semua kerja dilakukan oleh pembekal. Tugas penjual hanya mencari produk yang sesuai sahaja.

Salah faham 6# Individu yang mengajar ebay tidak mengajar seratus peratus ilmu yang dimiliki. Hanya asas yang diajar. Ilmu yang diajar tidak boleh terus diamal. Kena belajar ilmu lain baru boleh berjaya.

Perkara betul: Sepanjang yang diketahui, mereka yang belajar tentang ebay baik melalui ebok dan kelas akan dapat terus dipraktikkan dan ramai yang terus mendapat hasil.

Bila ilmu itu dapat terus dipraktikkan dan boleh mendatangkan hasil, jadi tidak timbul lagi soal separuh ilmu atau 100% ilmu.

Lagi pula teknologi Internet sentiasa berubah. Tidak ada gunanya mempelajari dengan mendalam sesuatu yang kemudiannya akan berubah. Kerana itu hampir semua guru Internet hanya mengajar asas yang tidak berubah.

Dengan asas itu cukup untuk pelajar melakukan perkara yang mendatangkan hasil. Dengan asas itu juga, dijadikan pedoman menguasai perubahan yang berlaku dalam persekitaran Internet.

>> KLIK DI SINI untuk belajar tentang ebay melalui ebook atau kelas <<

Salah faham 7# Kelas mengajar cara buat duit di ebay tentu mahal.

Perkara betul: Jumlah yuran yang dibayar untuk kelas ebay selalunya untuk satu pakej lengkap untuk ilmu, tip, makan minum, tempat kursus dan support group sepanjang masa. Kebanyakkannya berharga di bawah RM500.

Jumlah ini sebenarnya kecil dan berbaloi jika dibandingkan dengan hasil USD yang akan didapati bila ilmu berurus niaga di ebay diamalkan setelah habis kelas.

= = =

Salah faham ini berlegar lama dalam fikiran saya sebelum ini. Sebab itu saya lambat ambil tahu tentang ebay sedangkan orang lain sudah menikmati hasil.

Bila saya beranikan diri menghadiri kursus ebay, fikiran saya terbuka luas. Potensi ada di depan mata.

Alatan untuk digunakan sudah ada. Computer ada. Talian internet ada. Kad debit ada. Emel ada. Semua memang sedia ada, cuma kena daftar dan perlu buat satu dua perkara yang senang sahaja.

Soal dapat duit banyak atau sikit melalui ebay bukan kerana ilmu yang diajar lengkap atau tidak. Bukan juga sebab peraturan ebay, kerana apa-apa perkara pun ada peraturannya.

Tetapi lebih disebabkan kemahuan dan disiplin diri.

Salahnya terletak kepada diri sendiri. kerana tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh. Hanya buat sambil lewa!

Salahnya kerana tidak fokus betul-betul!

Rebut peluang untuk buat duit banyak di ebay. Pilih USD kerana bila ditukar kepada RM, pulangannya berganda.

Belum terlambat untuk buat perkara yang betul.

Siapa yang tahu tentang ebay?

Siapa pula yang ada pengalaman di ebay. Baik membeli atau menjual?

>> KLIK DI SINI untuk mendalami ilmu EBAY ini <<

Share

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge