Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 Catat 825,000 Jualan Dalam Sejam Pertama Di Selangor Sahaja

Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12.2020 di Malaysia dan serantau pecah rekod!

Penduduk Selangor lebih banyak membeli. Dalam sejam pertama sahaja Shopee mencatatkan jualan 825,000 untuk penghantaran di Selangor. Termasuk seorang pengguna/pembeli yang membuat 180 pesanan belian pada pagi 12.12

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, kejayaan memecah rekod jualan pada ulang tahun kelima Shopee memberikan makna besar kepada warga kerja Shopee. Lebih lagi pada tahun 2020 ini, covid menyukarkan banyak orang dan menjejaskan banyak perniagaan.

panduan berniaga di shopee

Antara rekod jualan yang dicatat oleh Shopee sepanjang promosi 12.12:

# 1.2 juta produk barangan rumah terjual.

# 670,000 barangan persekolahan/alat tulis terjual.

# 12 juta tempahan belian pada 24 minit pertama di peringkat rantau (7 di Asia tenggara dan di Taiwan)

# Aplikasi Shopee mencatatkan jualan pada waktu puncak dengan 1 juta belian seminit.

Keuntungan sebenar Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee ini adalah kepada mereka (sama ada individu atau perniagaan) yang menjadikan Shopee sebagai platform jualan produk meraka.

Rekod jualan 12.12 pada tahun ‘serangan’ Covid-19 ini memberi makna besar kepada penjual sebenarnya. Bukan hanya kepada warga kerja Shopee.

>>> Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!

Ian Ho memberitahu, promosi Jualan Ulang Tahun Shopee ini telah membantu 10 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan merekodkan purata jualan sebanyak RM800,000.

Shopee juga membantu PKS dengan mengambil langkah memanfaatkan trafik bagi  menarik kunjungan ke kedai fizikal peruncit luar talian.

Seperti Family Mart yang mencatatkan hampir 80,000 jualan baucer sepanjang tempoh kempen jualan yang bermula 1.12 hingga 12.12. Jualan ini berjaya menarik kunjungan  puluhan ribu pelanggan baru dan sedia ada ke kedai Family Mart.

===

Bukan hanya pekedai seperti Family Mart yang boleh menggunakan Shopee, orang perseorangan seperti kita sebenarnya boleh menjual di Shopee. Manfaatkan pelawat Shopee yang ramai untuk menjual produk kita.

Sama ada kita ada produk atau tidak ada produk! Kita masih boleh menjual di Shopee…

Klik di sini >>> SAYA MAHU MULA MENJUAL DI SHOPEE

Sumber: Utusan Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge