Kenapa Selebriti Chef TV Anthony Bourdain Bunuh Diri?

Bagi rakan-rakan rapat terutamanya rakan sejawat, hanya mampu melahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga yang ditinggalkan.

Sambil memberi penghargaan kerana dapat saling mengenali dan persahabatan yang terjalin selepasnya.

Bercerita tentang legasi yang ditinggalkan…kerjayanya yang memberi kesan kepada kehidupan orang lain serata dunia.

Sedikit pun tidak disentuh sebab musabab kenapa tindakan demikian diambil demi menjaga hati mereka yang di sekeliling.

anthony bourdain mati bunuh diri

Bagi kita….sering mengaitkan kebahagiaan yang dicari-cari tidak berjumpa. Kemasyhuran dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan jika membelakangkan tuhan.

Bagi aku pula…mungkin kerana tidak dapat menerima hakikat yang diri sudah tua! Ya, kiranya umur kita panjang…kita akan menghadapi usia tua.

Tua menyekat segalanya sedangkan kebanyakkan diri masih ingin melakukan segala-galanya.

Bila tua deria rasa makin berkurangan…sedangkan makan dan merasa pelbagai jenis makanan tidak kira apa di seluruh dunia adalah kerjaya yang mempopularkan diri.

Bila tua pergerakan sudah tidak cergas…sedangkan mengembara dengan kerencaman aktiviti mesti segandingan dengan makanan.

Semuanya sudah terbatas…sedang diri belum puas. Belum puas mengharungi dan menikmati kehidupan. Lebih lagi kehidupan di puncak!

Dia lebih tahu kehidupannya.

Anthony Bourdain…

Saya suka menonton rancangannya.

.

.

>> KLIK DI SINI UNTUK MENJADI CHEF BAKERY DI RUMAH <<

Share

9 thoughts on “Kenapa Selebriti Chef TV Anthony Bourdain Bunuh Diri?

  1. Kadang-kadang kita tengok hidup dia dah punyai segalanya, tapi dia masih bertindak sebegitu.. mesti ada sebab tertentu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge