Negeri Kelahiran Saya BerSultan Baharu
Raja Dr Nazrin Shah naik takhta pada khamis 29hb Mei 2014 yang lalu bagi negeri kelahiran saya, Negeri Perak apabila ayahandanya, Tuanku Sultan Azlan mangkat pada 28hb Mei.
Sultan Perak baharu yang ke-35 ini akan menggunakan gelaran Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Kami rakyat Negeri Perak amat beruntung kerana Sultan baharu kami kini, iaitu Tuanku Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah, 58, adalah seorang cendekiawan. Lulusan St. John’s Institution KL, Oxford dan Harvard. Anak raja atau sultan manakah yang berkelulusan tinggi seperti baginda?
Sebelum itu pun kami amat beruntung kerana sultan sebelum ini, iaitu Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, 86, adalah seorang ilmuan. Lulusan Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah, Malay College Kuala Kangsar, Universiti Nottingham dan Lincoln’s Inn.
Berturut-turut Negeri Perak diterajui Sultan yang ilmuan dan cendekiawan. Harapnya selepas ini juga, Negeri Perak mendapat Sultan berpendidikan tinggi!
Saya pernah terserempak dengan Sultan Nazrin yang ketika itu Raja Muda Perak di kedai buku Kinokuniya di KLCC. Tiada pengawal, berdua sahaja dengan pemandu. Membeli sebakul buku. Raja Muda memilih buku, pemandunya memegang bakul. Jelas betapa Sultan Perak yang baharu ini amat-amat ‘lapar’ akan ilmu.
Sesuai benar kenaikan Sultan Nazrin yang amat cintakan ilmu ini ke atas takhta Perak dalam era dunia yang meletakkan informasi di tempat tertinggi. Sesuai dengan tuntutan zaman.
Kedua-dua Sultan Nazrin dan ayahandanya Al Marhum Sultan Azlan adalah cerdik pandai. Sultan yang cendekiawan menggantikan sultan yang ilmuan bakal membawa kemajuan, kemakmuran, keamanan, keadilan dan seluruh pentadbiran Negeri Perak ke tahap yang tertinggi.
Pada hari khamis 29hb Mei 2014, satu era baru, satu fasa baru bermula di Perak. Negeri kelahiran saya. Saya amat bangga.
Al Fatihah kepada Al Marhum Sultan Azlan Shah.
Dirgahayu Tuanku Sultan Dr Nazrin Shah.
takziah diatas pemergian seorang sultan yang dikasihi dan tahniah kerana mendapat seorang penganti Sultan yang berwibawa.
puteri kasih recently posted..Terima Kasih Penyeri Blog Mei 2014
Rasa sedih yang disulami rasa gembira…
Tanniah mendapat Sultan yang baru.
akubiomed recently posted..Pameran Kuala Lumpur Orkid & Bonsai 2014
Syukur, Alhamdulillah…
Al Fatihah kepada Al Marhum Sultan Azlan Shah. Saya bangga menjadi rakyat negeri Perak di bawah pemerintahan Sultan Berdaulat… Syukur Alhamdulillah… Semoga kami rakyat Perak dapat menjadikan Sultan kami sebagai salah seorang contoh yang boleh ditauladani dalam menuntut ilmu…
Anuar recently posted..Potensi Bisnes Kereta Sewa dan Homestay pada musim cuti sekolah
Negeri Perak, negeri berilmu…..InsyaALLAH
Dirgahayu Tuanku Sultan Dr Nazrin Shah.
Sya Isya recently posted..MINI KURUNG (BAJU KURUNG MALAYSIA) FESYEN TERKINI RAYA 2014
Tahniah dapat sultan baru =)
http://butikgebugebu.blogspot.com/
Butik GebuGebu recently posted..Tiada Lagi Resdung Dengan Set Resdung Shaklee
Semoga negeri Perak lebih aman dan makmur dibawah naungan Sultan Dr Nazrin.
Denaihati recently posted..Status Halal Coklat Pepero