Orang Yang tahu Itu Dinilai Pada 3 BOLEH Sebelum Diiktiraf Sebagai Orang Berilmu

Seseorang yang tahu banyak perkara belum boleh diiktiraf sebagai ‘Orang Berilmu’ jika dia tidak ada 3 BOLEH.

Bila tidak ada 3 BOLEH ini, kita hanya boleh dipanggil orang pandai. Tetapi belum boleh digelar sebagai ilmuan.

Apa 3 BOLEH ini?

Penulis dan pakar motivasi, Dr Tuah Iskandar al Haj berkata, 3 BOLEH itu adalah;

1 – Boleh bercakap.

2 – Boleh menulis.

3 – Boleh buat.

1 # BOLEH bercakap

Boleh bercakap di sini bukan bermaksud tidak bisu. Boleh bercakap bermaksud, boleh menyampaikan dan menerangkan apa yang kita tahu pada orang lain.

Sama ada kita bercakap pada seseorang atau pada ramai orang dalam kuliah atau seminar, orang yang mendengar cakap kita akan mudah faham.

Tidak ada guna pandai bercakap, sedangkan orang tidak faham apa yang kita cakapkan.

2 # BOLEH menulis

Ilmu yang kita cakapkan mudah dilupakan orang bila masa telah berlalu. Jadi kita tidak boleh mengharapkan yang ilmu kita akan berkembang jika sekadar bercakap. Ilmu itu perlu didokumenkan. Ia perlu ditulis.

Nama siapa yang kita ingat daripada ilmuan terdahulu yang hanya bercakap tetapi tidak menulis. Sudah tentu kita kenal ulama dahulu dari kitab-kitab yang mereka tulis.

Kita hanya kenal ulama dan mazhab yang empat, iaitu Mazhab Maliki oleh Imam Malik, Mazhab Syafie oleh Imam Syafie, Mazhab Hanafi oleh Imam Abu Hanifah, dan Mazhab Hambali oleh Imam Ibnu Hambal.

Tahukah bahawa mazhab yang diiktiraf sebenarnya lebih dari empat. Mazhab lain tidak lagi wujud dan ramai tidak tahu siapa ulama mazhab tersebut kerana mereka tidak menulis ilmu yang mereka miliki dan anak murid mereka juga tidak menulis ilmu yang guru mereka ajar.

Itulah pentingnya menulis apa yang kita cakapkan.

3 # BOLEH buat

Sabda Nabi Muhammad (selawat atasnya) yang membawa maksud, satu kecelakaan bagi orang yang bercakap tapi dia tidak buat apa yang dia cakapkan.

Tidak pernah buat dan langsung tidak berusaha buat apa yang selalu dicakapkan. Orang sebegini akan mendapat kecelakaan. Kecelakaan yang bagaimana? Wallau’alam.

Untuk menepati Nabi Muhammad (selawat atasnya) supaya menyampaikan apa-apa darinya walau satu ayat, ulama menyarankan untuk terus bercakap dan menulis (sebagai cara menyampaikan) sambil berbuat untuk mengelak menjadi orang yang celaka.

Inilah sebaik-baik cara untuk menepati kedua-dua hadis tersebut. Apa yang lebih afdhal ialah buat dulu baru bercakap.

Dalam 3 BOLEH ini, boleh buat paling penting. Bila tiada kemampuan untuk menerangkan apa yang kita tahu. Bila tidak berupaya untuk menulis apa yang kita terangkan. Dapat mengamalkan apa yang kita tahu, itu sudah cukup bagus.

Biarlah tidak diiktiraf sebagai orang yang berilmu. Paling penting kita mendapat faedah bila mengamalkan apa yang diketahui.

===

Yang ini mungkin sesuai untuk anda:

KLIK >>>: Didedahkan ‘Rahsia Sulit’ bagaimana anda boleh lulus temuduga kerajaan dengan mudah, tanpa menggunakan sebarang “kabel” atau bantuan “orang dalam”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge