Mahukah Anda Memiliki Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Makanan Dan Delivery Dari Rumah Dengan Keuntungan RM70++ Sehari?

Peniaga makanan memang pening musim PKP ini. Income slow. Ada yang tidak boleh berniaga langsung!

Kenapa tidak masak di rumah dan delivery kepada pelanggan?

Bukan hanya peniaga yang biasa berniaga makanan, sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes makan di rumah dan delivery kepada pelanggan.

Ramai yang telah memulakan bisnes makan dan delivery dari rumah ini. Kerana ini bisnes yang mudah untuk dimulakan. Kosnya rendah, sementara permintaannya sentiasa tinggi! Lebih lagi musim PKP, lagilah melonjak bisnes makan delivery dari rumah ini.

Salah seorang yang biasa buat bisnes makan dan delivery dari rumah ini adalah Tuan Syaiful. Sejak 5 tahun lalu beliau telah berniaga menjual makanan berasaskan spaghetti secara delivery dari rumah. Sebab itu beliau lebih dikenali sebagai Abang Spegggo!

Ramai yang terkesan dengan ekonomi yang tidak menentu. Dulunya isu GST dan harga minyak tidak menentu menyebabkan barang naik mendadak. Sekaligus keperluan hidup meningkat.

Hidup dengan gaji sahaja tidak cukup. Ramai yang pilih untuk berniaga terutama berniaga makan. Seteruk mana pun ekonomi, orang akan makan. Jadi logiknya bisnes makan akan untung besar.

Persoalannya… bisnes makan apa yang modalnya rendah?

Untuk buka restoran atau gerai makan bukan kerja mudah. Modalnya tinggi dengan segala macam cabaran dan dugaan. Bukan semua orang boleh hadapi.

Jadi kalian boleh ambil keputusan macam Abang Spegggo…

Berniaga dari rumah sahaja! Ambil order guna whatapps, masak… kemudian hantar!

Kalau buat bisnes makan delivery dari rumah.. jarang makanan tidak habis. Sebab kita masak ikut jumlah tempahan sahaja. Bila hari itu ada order 10 bungkus sahaja, kita masaklah untuk 10 bungkus… tidaklah membazir kan?

Mula-mula tu biasalah kalau tempahan sedikit. Macam tidak berbaloi kalau dapat 3-4 order je. Macam yang dialami oleh Abang Spegggo. Tetapi lama kelamaan, order bertambah banyak! Hingga risau pula takut tidak sempat hendak delivery.

Memang untung tidaklah ribu-riban macam bisnes restoran. Tapi kalau sehari dapat untung bersih RM70-100 cukup berbaloi. UNTUNG BERSIH TAU!  Pada hujung minggu pula… untung boleh mencecah RM200!

Kerana rasa sedih dan kasihan dengan kawan-kawan yang tidak dapat buka kedai waktu PKP akibat Covid-19, Abang Speggo beri idea kepada mereka untuk buat bisnes makan dan delivery dari rumah.

Dan untuk memberi idea lebih kepada ramai orang, Abang Speggo menulis seluruh pengalamannya buat bisnes makan dan delivery dari rumah menjadi sebuah ebook rujukan. (klik gambar)

panduan memulakan bisnes makan di rumah

Ebook ini ditujukan kepada mereka yang berminat hendak tukar strategi berniaga… atau mungkin hendak tukar bisnes dan juga kepada mereka yang baru mahu mulakan bisnes makan dan delivery dari rumah!

Orang yang biasa dengan bisnes makan dan delivery dari rumah pun boleh dapatkan ebook ini. Manalah tahu kalau ada beberapa idea  dalam ebook ini yang boleh meledakkan bisnes kalian.

Apa yang boleh dipelajari dari ebook ini:

1 # Ada 2 kaedah jualan yang boleh diguna pakai. Bermakna ada 2 waktu memasak dan menghantar pesanan. Boleh ikut mana yang sesuai.

2 # Belajar membungkus. Ini penting supaya makanan tidak rosak atau basi.

3 # Bagi yang tidak pernah buat bisnes ni tentu tidak tahu meletakkan harga. Jadi perlu tahu mengira kos untuk letak harga berapa.

4# Belajar bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah dan pantas tanpa sebarang kos.

5# Bila sudah ada pelanggan. Kena tahu bagaimana untuk simpan data pelanggan kerana sebahagian besar keuntungan bisnes ini datang dari jualan berulang kepada pelanggan yang sama.

Ebook panduan bisnes selalunya berharga RM50 ke atas. Tetapi ebook panduan bisnes makan dan delivery dari rumah ini ditawarkan dengan HARGA PERMULAAN RM30 SAHAJA!

JADI ORANG TERAWAL MENDAPATKAN EBOOK INI SEBELUM NAIK HARGA.

Bila ebook ini diupdate, ia pasti akan dinaikkan harga.Tetapi mereka yang mendapatkan ebook ini dari awal, akan mendapatkan update secara percuma.

Boleh klik pada gambar butang order “Dapatkan Sekarang” di bawah jika berminat mahu dapatkan ebook ini!

panduan memulakan bisnes makan delivery dari rumah

Harga RM30 ini termasuk ebook bonus “Super Spaghetti”. Di dalam ebook ini, terdapat resepi dan cara membuat spaghetti bolognese yang sedap dimakan, tetapi dengan kos yang rendah! Super Spaghetti ini yang membuatkan penulis ebook ini iaitu Tuan Syaiful digelar Abang Spegggo!

Klik link dibawah untuk mendapatkan ebook ini atau klik gambar.

[+] SAYA INGIN MILIKI PANDUAN MUDAH MEMULAKAN BISNES MAKAN DAN DELIVERY DARI RUMAH

bisnes makan delivery

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge