Peluang Graduan Berikutan Berita 50,000 Bakal Hilang Kerja Pada 2018

Dua tiga hari lepas keluar berita yang mengejutkan ramai pekerja di Malaysia ini.

50,000 pekerja bakal kehilangan kerja pada tahun 2018!

Pada tahun 2017, 30,700 pekerja diberhentikan. Ini yang direkodkan. Kalau dicampur yang tidak dicatat, entah berapa jumlahnya.

Banyak faktor yang menyumbang kepada isu diberhentikan kerja ini.

Antaranya; Levi pekerja asing, skim insuran pekerja (EIS) dan cuti bersalin 90 hari.

Sektor yang terlibat lebih kepada pembuatan. Selain itu, yang mungkin terjejas adalah perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan.

Pekerja diberhentikan kerana majikan ingin mengurangkan kos, terutamanya kos gaji.

Solusinya, majikan akan mengambil fresh graduate dan membayar gaji lebih rendah. Tambahan pula staff muda punya ‘semangat’ kerja lebih tinggi.

Apa peluang graduan di sebalik pemberhentian pekerja ini?

Apa lagi? Graduan kena siapkan resume!

Kemudian ‘serang’ syarikat-syarikat yang berdekatan dengan tempat tinggal atau syarikat yang menjadi target untuk bekerja.

“Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, selain sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan juga dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.”

Walaupun syarikat berusaha mengurangkan kos dengan mengecilkan operasi, pekerja tetap diperlukan terutama untuk beberapa jabatan yang ‘wajib’ seperti pemasaran, akaun, pentadbiran dan pengurusan.

Serius. Ini yang graduan mesti buat!

Langkah 1#

Cari syarikat dan teliti kekosongan jawatan yang ada.

Langkah 2#

Buat resume yang spesifik bagi setiap jawatan dan syarikat yang dipilih.

Gunakan rujukan ini untuk menghasilkan resume yang professional.

[+] RESUME KERJA (klik)

Langkah 3#

Hantar resume kepada personel HR yang yang tepat. Dapat hantar sendiri lagi bagus. Untuk menunjukkan kesungguhan kita mendapatkan kerja.

Langkah 4#

Follow up resume yang dihantar. Jangan harap mereka membalas resume yang kita hantar. Kita yang perlu call atau hantar emel pertanyaan. Sebaiknya selepas 3 hari resume dihantar.

Konsisten buat 4 langkah ini untuk mendapatkan kerja.

Bagi mereka yang belum mempunyai pekerjaan, InShaAllah tahun ini menjadi tahun terbaik anda!

Nota# kenyataan 50 ribu pekerja mungkin diberhentikan pada tahun 2018 dinafikan menteri dan pegawai daripada kementerian terbabit dan mereka yang berkaitan. Bagaimana pun tidak dinafikan ada pekerja yang diberhentikan. Penawaran kerja setiap tahun sebenarnya melebihi jumlah yang diberhentikan.

 

 

 

Share

8 comments

    1. Sebab tu ada yang sarankan, setiap orang belajar satu-satu kemahiran khusus. Supaya bila ditakdir diberhentikan, kemahiran ini boleh diguna untuk mencari rezeki.

  1. Ada pro and cons juga isu ni. Bagi orang muda macam fresh grad, apa yang diorang buat ni mungkin lah boleh reduce isu pengangguran dikalangan belia. Tapi pada orang yang dah lama berbakti, kena buang pula itu macam satu penganiayaan yang majikan buat. Isu ni dah jadi isu global sebab banyak kes orang dah lama keja tetiba dapat notis berhenti kerja. Pening kepala nak besarkan anak-anak, duit rumah, duit nafkah, kos rawatan kalau ada dan macam-macam lagi.

    Sebab tu disarankan, sambil berkerja cuba juga usaha untuk buat sesuatu yang boleh tambah sumber pendapatan. Contoh paling mudah berniagalah kecil kecilan. Portion dari duit gaji, kumpulkan sikit buat modal.

    Kalau ade pengetahuan lebuh boleh buat servis. Sambil-sambil tu boleh kumpul pelanggan dan jaga baik-baik. Sebab kita tak tahu nasib yang akan menimpa kemudian hari.
    M.Naim recently posted..Pernah guna servis ADVERTORIAL? Berkesan lagi ke sekarang?My Profile

    1. Setuju. Mereka yang bekerja makan gaji perlu belajar satu-satu kemahiran khusus. Sekurang-kurang bila berlaku pemberhentian kerja, kemahiran ini boleh dijadikan modal niaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge