Penerangan Perdana Siapa Itu Muhammad bin Adullah Di Dataran Merdeka

Kiranya aku punya kekuasaan dan keupayaan…

…dengan isu-isu penghinaan kepada Nabi Muhammad (selawat atasnya) dewasa ini.

Aku mahu anjurkan Penerangan Perdana di Dataran Merdeka tentang Siapa Itu Muhammad bin Abdullah…

…dengan tumpuan utama hadirin adalah mereka yang belum Islam. Mereka yang sudah ditangkap dan akan ditangkap kerana kesalahan menghina, akan diwajibkan. Duduk depan sekali.

Mereka yang belum Islam ini boleh dengar dan boleh bertanya segala-galanya tentang keperibadian Muhammad bin Abdullah…

…Jangan diterangkan kepada mereka siapa itu Rasulullah!

Masalah kita umat Islam ialah mahu benar menerangkan siapa itu Rasul terakhir di kalangan rasul dan rasul akhir zaman…

…bagaimana mereka yang belum Islam mahu dengar. Itu bukan rasul mereka!

Terangkan kepada yang belum Islam ini siapa itu Muhammad bin Abdullah, yang diyakini dan diimami oleh seluruh umat Islam sebagai nabi dan rasul mereka…

…pasti mereka mahu mendengar.

Mereka yang sudah tahu dan faham siapa itu Muhammad bin Abdullah, mungkin akan memperluaskan pengetahuan dan kemungkinan diserap keyakinan, lantas beriman. Insya-Allah…

…atau mungkin mereka terus melakukan penghinaan. Maka bolehlah bertegas dalam tindakan. Ditangkap dan dihukum dengan seberat hukuman kerana perbuatan mereka boleh mencetus kemarahan dan tindakan keras umat Islam.

Mereka yang mencetuskan suasana tegang di bumi Malaysia ini, tidak boleh dibiar dan dipandang sebelah mata.

Saya percaya (tidak tahulah apa kepercayaan kalian), mereka yang belum Islam ini menghina kerana 2 sebab:

1 # Mereka tidak tahu siapa sebenarnya Muhammad bin Abdullah, nabi dan rasul umat Islam itu. Jadi wajiblah kita beritahu.

2 # Mereka takut dengan Islam. Jadi wajiblah kita mententeramkan hati mereka.

Sungguh! Kita hanya mahu orang faham, sedang kita tidak bersungguh-sungguh memberi faham.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge