Pengkhianat Bahasa

Terus terang yang aku tidak suka lagu-lagu Melayu. Hanya sebahagian kecil sahaja aku suka dengar, antaranya yang berlirik puitis tentang alam, kemanusiaan dan ketuhanan. Hijau oleh Zainal antara yang aku minat.

Kerana lebih banyak yang aku tidak suka maka aku dikata tidak patriotik. Tidak menyokong industri kreatif Melayu. Sesuatu yang tidak patut kerana aku orang Melayu.

Aku tidak kisah pun digelar begitu.

Akan tetapi pedih juga hati bila aku dituduh pengkhianat Bahasa Melayu. Pedih hati dan geram kerana orang yang menuduh itu, Bahasa Melayu tulisannya pun tunggang langgang.

Tidak mengapa kalau bentuk tulisannya seperti cakar ayam. Tapi kalau struktur bahasanya entah di mana letak duduknya, boleh dia mengata aku khianati Bahasa Melayu?

Pun aku tidak kisah dikata dan dituduh begitu.

Kenapa aku lebih banyak tidak suka lagu Melayu? Kerana lirik ini…. Sakitnya, aduh sakit kepala.

Bila tiap-tiap hari minda disumbat lagu Melayu berlirik sebegini, apa akan jadi dengan ‘kepala’ si pendengar?

Pen merah pen biru, you marah I love you!

Aku bukan wanita, tapi kalau takdirnya adalah wanita, aku rasa harga diri aku sebagai wanita amat tercemar. Tidak tahulah kalau wanita di luar sana amat suka dengan lirik ini. Bila suka, maka janganlah bersedih atau bersungut bila pasangan hidup adalah seorang yang panas baran!

Itu masih tidak mengapa. Jangan pula sampai ke tahap ini… Kertas kajang tulis lagu, you terajang I still love you!

Mohon jangan bersangka buruk bila aku kata yang aku tidak suka lagu Melayu. Aku punya sebab yang kuat untuk tidak menyukainya.

….. Sebenarnya….. aku juga tidak suka banyak drama Melayu!

Share

10 comments

    1. Sebenarnya, saya tidak berapa kisah dengan bahasa rojak ini asalkan ada ‘isi’nya bukan kosong. Lagu dan filem TS P.Ramlee banyak isinya. Saya boleh dengar dan tonton.

  1. aku dulu pun fikir mcm ni, last last aku fikir lagu atau drama ni kita mahukan yang ianya membaca era atau dimensi baru kepada pendengar mahupun penonton. Itu yang kita mahu. Tapi bila fikir balik, kita terlalu mahu membanding dengan “Amerika”. Dan bila fikir jauh lagi, kita akan bertanya, bagaimana dengan lagu atau drama dari france, jerman, belarus, rusia, spain, italy dan sebagainya? rupa rupanya mereka pun sama spt kita. Setiap negara dan budaya itu mencorakkan suasana. Last sekali cuma Amerika yang berbeza dan kita mahukan spt mereka. Aku pula menerima apa yang ada di Malaysia cuma kalau boleh kasilah ada “perubahan” sikit terhadap industri kita
    Juan recently posted..Tonton Video Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet Oleh Rahman BasriMy Profile

    1. Saya setuju. Dan saya lebih bersetuju dengan ‘perubahan’ yang mesti dibuat dengan industri kreatif kita. Saya tidak tolak semua. Saya pilih untuk mendengar dan menonton. Drama seperti ‘makbul’ ialah drama yang saya suka tonton.

    1. Betul tu. Jujur yang saya tidak suka, cinta muda mudi dijadikan subjek utama drama. Selingan cinta itu menyeronokkan jalan cerita. Ini…drama korporat pun penuh dengan cinta. Jatuh bangun dalam perniagaan pula jadi selingan sedangkan itu drama korporat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge