Rahsia Menjadikan Anak Pintar Terbongkar!

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang pintar, punya  minda yang genius atau bijak atau cerdas.

Keinginan ibu bapa yang ‘melampau’ ini… yang sering diambil kesempatan oleh beberapa individu atau syarikat dengan mengeluarkan apa yang didakwa sebagai ‘Pil Minda’.

Dijual secara dalam talian. Dan kini ada yang berani mempromosikan pil minda ini di luar perkarangan sekolah.

Ramai ibu bapa terpengaruh kerana penjual atau pengeluar menggunakan beberapa taktik untuk mempengaruhi pembeli:

# Menggunakan testimoni ibu bapa yang mengaku anak mereka menjadi pintar dan cerdas selepas mengamalkan pil minda ini.

# Jaminan kononnya, anak-anak yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan memperoleh keputusan cemerlang.

# Pil Minda itu dikatakan makanan tambahan bukan ubat yang dapat membantu Kecerdasan Intelektuan (IQ) dan Kecerdasan Emosi (EQ) anak.

# Bila amalkan Pil Minda ini, anak-anak akan fokus, memberi ketenangan dan menguatkan daya ingatan ketika peperiksaan berlangsung.

# Boleh memberi kesan seawal 4 hari selepas dimakan.

# Malah mendakwa Pil Minda ini mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Benarkah keberkesanan Pil Minda boleh menjadikan anak pintar  seperti yang dikatakan?

cara didik anak jadi pintar - ahmadyani.com

Pakar Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr. B Kishore menyangkal dakwaan keberkesanan Pil Minda ini.

Menurut Dr. B Kishore, rahsia sebenar apa yang menjadikan seseorang kanak-kanak itu pintar atau genius adalah berdasarkan keturunan!

Dianggarkan 75 hingga 80 peratus perkembangan otak bayi bergantung kepada sifat bijaksana ibu bapa bayi tersebut.

Sebab itu senarai anak-anak yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, rata-ratanya memang memiliki ibu bapa yang bagus dalam pendidikan.

Sesekali anak-anak yang memiliki ibu bapa yang biasa-biasa muncul dengan keputusan terbaik. Ini mewakili 25 dan 20 peratus yang selebihnya.

Tidak dinafikan. Makanan menjadi faktor tambahan yang membantu kanak-kanak membesar sebagai anak pintar.

Kalau makan Pil Minda sahaja, anak-anak sudah bijak, maka semua orang boleh menjadi bijak atau pintar. Ini tidak berlaku.

Kalau mahukan anak pintar, ibu bapa perlu berusaha merangsang otak anak sejak dalam kandungan lagi sehingga lahir bagi memastikan perkembangannya lebih sempurna.

Antara usaha ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang pintar adalah:

1# Sepanjang kehamilan ibu perlu makan makanan sihat dan seimbang. Pastinya yang halal.

2# Begitu juga ibu perlu bercakap-cakap yang baik pada bayi dalam kandungan lagi. Percakapan ibu dengan orang lain pun perlu baik kerana ia turut memberi kesan pada bayi. Termasuk juga kelakuan atau perangai ibu. Dengar muzik yang baik dan menenangkan. Amalan zikir dan membaca al Quran tidak boleh diabaikan.

3# Anak yang dilahirkan, perlu menyusu badan. Susu ibu mengandungi khasiat asid lemak Omega 3 atau Asid Docosahexaenoic (DHA) yang baik untuk otak.

Walau Omega 3 boleh didapati dari minyak ikan, ia tidak akan dapat menandingi kebaikan dan keberkatan Omega 3 dari susu ibu.

4# Teruskan bercakap yang baik-baik bila bayi sudah lahir. Pasang muzik yang menenangkan di rumah. Kekal membaca al Quran dan berzikir di sisi bayi. Pastikan bau di sekeliling bayi wangi dan menyegarkan.

5# Pastikan anak bersarapan sebelum pergi sekolah. Terutama telur, sama ada rebus atau goreng. Telur baik untuk otak. Lebihkan lauk ikan berbanding daging ketika makan. Ikan laut seperti tenggiri mengadungi minyak ikan yang bermanfaat untuk Intelligence Quotient (IQ) anak.

6# Setiap ibu bapa mesti menyediakan makanan untuk anak-anak yang cukup dengan vitamin seperti vitamin B1 dan C serta mineral (zat besi) untuk perkembangan otak anak.

Akhir sekali, ibu bapa tidak membiarkan anak terutama yang berusia bawah 2 tahun terlalu terdedah dengan gajet kerana gajet ini boleh menyekat perkembangan urat saraf otak anak.

Sebagai tambahan, berikut adalah antara senarai makanan yang bagus diberi kepada anak untuk nutrient, meningkatkan fungsi otak dan menjadikan anak pintar:

>> Bijirin penuh – mengandungi Folat B6 dan thiamine bagi mengekalkan memori dan tumpuan.

>> Telur – kaya Kolin dan protein bagi merangsang memori, tumpuan dan tenaga.

>> Kekacang – terdapat Omega 3&6, asid lemak, seimbang tahap serotonin bagi merangsang mood.

>> Berri – tinggi kandungan antioksida bagi merangsang fungsi otak.

>> Bijian – Omega 3&6, vitamin E&A untuk meningkatkan mood dan fungsi otak.

>> Ikan Tenggiri dan Salmon – penuh dengan Omega 3 bagi meningkatkan mood, memori dan tumpuan.

>> Avocado – terdapat lemak sihat yang meningkatkan tumpuan dan perkembangan otak.

Ghairah setinggi mana pun, ibu bapa untuk memastikan anak mereka menjadi anak yang pintar… harus diingat Islam meletakkan adab paling tinggi selepas itu barulah pengetahuan.

 

= = =

Rujukan yang mungkin ibu bapa perlukan;

>> (klik) PANDUAN MEMULAKAN BISNES BAKERI DARI RUMAH … bolehlah si ibu kekal di rumah mengasuh dan mendidik anak, melihat anak membesar di depan mata. Di samping itu ada cara untuk menambah pendapatan keluarga.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge