Sedikit hari lagi Ramadhan akan datang. Dan hari raya akan muncul pada akhir Ramadhan. Benar apa yang dikata, ini adalah akhir zaman. Masa bergerak seperti ‘kilat’. Sedar tidak sedar, sekarang sudah tengah tahun 2014.
Rasanya masih tidak sesuai benar untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Lebih lagi tidak wajar benar untuk ucapkan Selamat Hari Raya. Sehari dua sebelum itu baharulah wajar diucap. Akan tetapi saya rasa sesuai dan wajar sekarang ini untuk bercerita tentang satu benda yang senonim dengan hari raya…Biskut Raya!
Kepada mereka yang berniaga di pasar Ramadhan dan mengusahakan biskut raya, sekaranglah masa untuk mengumpul stok bahan. Ketika harga bahan masih stabil, sebelum harga bahan mentah menjadi isu yang memeningkan kepala. Perkara yang biasa di musim perayaan.
Mereka yang biasa berniaga biskut raya sudah bersiap sedia. Mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bisnes kuih raya masih sempat untuk mempelajari selok belok bisnes biskut raya ini.
KLIK BANNER DI BAWAH untuk mendapatkan panduan bagaimana anda boleh dapat duit banyak dengan menjual biskut raya.
Biskut raya sekarang sudah boleh dibeli melalui online. Mereka yang tidak sempat buat biskut raya dan tidak sempat beli biskut raya kerana kekangan kerja, boleh dapatkan biskut raya melalui online. Dan untuk pengetahuan, ada biskut raya yang seratus peratus diniagakan melalui online. Seperti biskut BiteSize Galleta.
KLIK DI SINI ATAU BANNER DI BAWAH untuk mendapatkan biskut raya yang sedap melalui online. Jadi tidak perlu lagi risau apa nak dijamu kepada tetamu kerana tidak sempat menyediakan atau membeli belah biskut raya kerana banyak sangat kerja nak disiapkan sebelum raya.
Bagi mereka yang lebih selesa membeli biskut raya di kedai, saya mahu syorkan satu kedai yang menjual biskut raya murah buatan tangan. Ya! Dibuat dengan tangan bukan keluaran mesin kilang.
Kedai yang saya maksudkan ialah kedai roti dan kek Ikhwan Cake House di Bangunan Ibu Pejabat Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Kompleks Pertama. Hampir benar dengan Kompleks Sogo dan Maju Junction.
Jangan keliru bila pergi ke Bangunan Mara dan tidak jumpa Ikhwan Cake House tapi terjumpa Safa Bakery & Café. Sekarang berlaku proses menukar nama daripada Ikhwan kepada Safa. Ia kedai yang sama dan pengeluaran produk yang sama sejak lebih 20 tahun dahulu.
Pada hari biasa, kedai ini menjual roti dan kek. Pada bulan puasa ia memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengeluaran biskut raya. Hampir seratus peratus biskut di sini buatan sendiri dan dibuat dengan tangan.
Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Satu balang biskut buatan tangan mengandungi 50 biji biskut dengan harga tidak lebih RM20. Seperti harga borong biskut buatan mesin kilang!
Kerana kedai ini di bangunan kerajaan, ia beroperasi pada hari bekerja umum kecuali pada bulan puasa Ramadhan dibuka pada setiap hari. Pada hari biasa anda boleh mendapatkan roti fresh yang dibuat setiap hari. Pada Ramadhan anda boleh mendapatkan pelbagai jenis biskut.
Kedai ini seratus peratus milik bumiputera Melayu. Dan boleh dikatakan satu-satunya kedai roti, kek dan biskut milik Melayu di tengah pusat bandar. JEMPUT DATANG!
Sekarang ni zaman orang membeli.. Disebabkan sibuk dengan urusan kerja, Kebanyakan orang lebih suka membeli kuih berbanding membuatnya sendiri…
Anuar recently posted..Abang Ensem di Mata Aku
Orang menjual pun banyak. Pilihan pula pelbagai.
Kepada yang buat bisnes bulan puasa, sekarang ni dah boleh bersiap-sedia.
Malaysia Tercinta recently posted..Jadual Siaran Piala Dunia 2014 di TV1 dan TV2 RTM
Selalunya 2-3 bulan sebelum itu mesti sudah bersedia.
Beli lebih mudah, buat lebih jimat, nak buat macam-cacam biskut belum tentu semua orang larat, campur-campurlah, ada beli dan ada buat sendiri lebih optimum kot….
Denaihati recently posted..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
Buat biskut yang menjadi trademark keluarga je…yang lain beli.
musim orang menjana pendapatan dan juga musim orang mengeringkan poket…hehe
puteri kasih recently posted..Panduan Lengkap Jahit Baju Kurung
Saya rasa dua-dua untung. Seorang punya duit yang lebih. Seorang lagi punya masa yang lebih.
yang penting kena bijak membeli…jangan terlalu boros berbelanja kan
puteri kasih recently posted..Liebster Award – Aisya
Cepat betul masa berlalu. Bulan Ramadhan semakin menghampiri. Ada yang peluag untuk mengumpul duit tempahan dengan berniaga di bulan puasa.
akubiomed recently posted..Mengampai senja di pantai Puteri
Ada 2 peluang di bulan puasa. Kumpul pahala dan kumpul duit.
masa sekarang adalah terbaik untuk bersiap sedia untuk puasa..atau aktiviti meningkatkan iman..
Hero Borneo recently posted..panduan mudah bekerja secara bijak
Masa kumpul iman dan duit. 2 dalam 1