Kerana takut atau kerana perasaan rendah diri yang tebal dalam diri? Itulah pertanyaan yang bertandang dalam fikiran bila hati kadang-kadang teragak mahu terbitkan hasil apa yang ditulis.
Saya tidak tahu. Tapi saya tahu dan percaya ini satu penyakit jiwa. Bukan gila! Tetapi kerana dalaman yang tidak kuat.
Ini penghalang kejayaan. Takut atau apa juga perasaan yang menghalang seseorang bertindak bermakna juga penghalang bagi orang itu untuk mencapai kejayaan terbesar dalam hidupnya. Ini juga bermaksud apa yang menjadi penghalang kejayaan seseorang itu bukan disebabkan hal-hal luaran, akan tetapi berpunca daripada diri sendiri!
Punca kegagalan seseorang adalah dirinya sendiri!
Rasa takut adalah musuh dan penghalang terbesar seseorang. Rasa takut dalam diri yang membuatkan seseorang yang ada bakat menulis tidak menulis apa-apa sepanjang hidupnya. Takut ini yang menghalang seorang penulis daripada menulis sekurang-kurang satu buku yang menggugah pembaca.
Bila sudah ditulis, timbul rasa takut apa yang ditulis itu tidak memberi manfaat apa-apa kepada pembaca. Takut tulisan itu boleh membuatkan pembaca salah faham. Salah faham boleh menjurus kepada salah tindakan. Bila pembaca salah bertindak dalam hidupnya, penulis itu yang mendapat saham dosa.
Kadang-kadang ada rasa rendah diri juga. Apa yang ditulis tidak seperti yang diharapkan. Seperti tidak sepatutnya ditulis begitu. Kena ditulis dengan lebih baik. Yang paling teruk bila timbul perasaan….Seperti tulisan budak sekolah. Budak sekolah rendah pun boleh tulis dengan lebih baik.
Itulah yang membuatkan kadang-kadang apa yang ditulis sekadar ditulis tapi tidak dierbitkan.
Nampaknya saya kena berguru dalam kelas dengan Tuan Zamri Mohamad ni……
boleh juga berfikir-fikir sebelum publish entry, tapi kalau terlalu fikir pun masalah jugak 😀
eray recently posted..Nasi Arab Makanan Diabetis Paling Bahaya 2014
Fikirkan boleh, pasti anda boleh….
kadang kala ada juga fikirkan penerimaan pembaca bila membaca artikel yang kita tulis…tapi kalau kita terlalu pentingkan penerimaan pembaca pun susah juga…nanti satu entri pun kita tak publish 🙂
puteri kasih recently posted..Fakta Menarik Tentang Kucing Yang Mungkin Kita Tidak Tahu
Betul tu, terlebih fikir pun boleh menyusahkan….
Berfikir panjang sebelum menulis. Perkongsian tersebut dapat memberi manfaat.
akubiomed recently posted..RM20,000 habuan Shell FuelSave Challenge 2014
Berfikir panjang itu bagus, yang tidak bagusnya memanjang je berfikir, buatnya tidak…..
saya tak fikir sangat tentang stail penulisan..kerana ia adalah seni..bila dah selalu menulis gaya penulisan akan bertambah baik
Hero Borneo recently posted..5 Gambar Perodua Axia Yang Cun
Memang…setiap orang punya stail menulis yang tersendiri….
Masih banyak lagi hua kene tulis la nampaknya nihhh
titan recently posted..Bro, lu tak BOSAN ke tulis blog aje?
Keyakinan dalam menulis datang bila kita tulis, tulis, tulis dan seterusnya tulis….
takpe.. tulis je.. biarpun macam tulisan budak sekolah lama-lama nanti akan berubah juga
zool recently posted..Bila BPL telah bermula, Sasaran bolasepak di Sukan Asia
Perubahan atau kematangan itu hadir bila kita selalu mengulang apa yang kita buat. Mengulang-ulang dengan ilmu bukan sekadar mengulang.
ini pun kira menulis lah ni…heee. semoga mendapat kekuatan nanti, insyaAllah.
Denaihati recently posted..Duit Raya Aidilfitri 2014
Rungutan tak boleh menulis juga adalah tulisan. Seperti pemberita, tiada berita pun adalah satu berita….
Emm ketepikan perasaan takut ni…insyaAllah..hari2 jadi berani ha..hehe
Hafizul recently posted..Aku Nak Beli Iphone 5s
Untuk ketepikan rasa takut itu, kena bertindaklah….
Tak perlu takut nak menulis ni. Kena pulak nak takutkan.Idea kita, pendapat kita. Pedulikan apa orang nak cakap. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Buat Aku Panas Hati
Sebenarnya takut apa yang ditulis itu akan dipersoalkan….
suka kata bro atas pedulikan apa ornag nak kata asal kita tak burukan ornag lain dah ar kan uh…
suri recently posted..Awesome! DIY Rubber Band Mania
suka menulis tapi dalam banyak blog kekadang idea sarat nak tulis tapi selalu buat gilir2 blog. sampai ada masa akan kata eh topik ni dh sama macam dekat blog yang sana heeee..
suri recently posted..Jambak Bunga Jantan Atau Bunga Betina
tulis mesti ada plan dan menjiwai apa kata admin tulis entri pendek atau mungkin lama-kelamaan ia akan sebati dan akan biasa tulis panjang-panjang
suri recently posted..Mak Kata Masuk! Masuk Rumah Sekarang!