Sesiapa Sahaja Bebas Berniaga Di Wilayah Persekutuan Tapi Hendak Berniaga Apa?

Mulai 15hb Nov. 2020, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menjadi Wilayah Bebas Berniaga!

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah membuat pengumuman bahawa penduduk setempat boleh buka gerai dan berniaga secara bebas.

Boleh berniaga depan rumah, tepi jalan atau mana-mana lokasi bersesuaian. Tapi tetap ada syarat:

1 – Tidak boleh ganggu lalu lintas.

2 – Jaga kebersihan. Kebersihan barang jualan dan kebersihan tempat.

3 – Tetap kena apply lesen. Tapi lesen ini akan dipermudahkan dan ia percuma! Lesen boleh dipohon secara online melalui web DBKL.

Baca keratan akhbar di bawah:

bebas berniaga di wilayah

Ini berita menarik kan? Lepas ini bolehlah berniaga part time. Boleh berniaga pagi je…. atau berniaga sebelah petang je. Berniaga waktu malam je?

Tapi….. nak berniaga apa?

Jika kalian masih belum ada idea untuk berniaga apa…. Ini ada beberapa panduan yang mungkin dapat membantu.

Pilih mana yang sesuai dengan kalian.

Tekan sahaja banner di bawah:

# BISNES AIR BALANG

# BISNES BURGER

# BISNES AIS KRIM

Semoga usaha kita semua untuk mendapatkan rezeki halal dan banyak dipermudahkan Allah.

 

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge