Tidak Tahu Mahu Jual Apa Di Ebay? Jual Roti Bakar!

Hendak jual apa di ebay?

Ya, ini antara yang menjadi cabaran utama bagi seseorang yang mahu menjadi usahawan (seller) ebay.

Tidak tahu hendak jual apa.

Kalau kamu tidak ada idea langsung mahu jual apa di ebay…apa kata kalau kamu jual roti bakar!

Biar betul?

Mungkin kamu rasakan idea ini mengarut.

Tetapi otai usahawan ebay tahu, macam-macam terjual di ebay. Hatta, terjual juga apa yang tidak terfikir oleh akal.

Ya, macam roti bakar ini.

Bukan menyuruh kamu menjualnya, hanya sebagai percikan idea untuk mereka yang mahu serius menjadi usahawan ebay bahawa banyak produk di luar sana, yang ada di sekeliling kamu boleh dijual di ebay.

Hanya perlukan usaha mencarinya.

Idea menjual roti bakar di ebay ini sebenarnya bukan idea semata-mata. Memang ada yang pernah menjual roti bakar di ebay!

>> KLIK DI SINI untuk belajar menjual di ebay <<

Kisahnya begini…

Dia mahu sarapan roti bakar. Selepas roti dibakar, bahagian tengah roti yang tidak dibakar sempurna telah membentuk satu corak.

Bila dia perhatikan dengan teliti, corak itu mengingatkan dia pada satu gambar dalam simpanannya. Gambar Timothy Richard Tebow , seorang quarterback NFL American Fottball bagi kumpulan Denver Broncos.

tip berniaga di ebay

Dia tidak jadi makan. Apa dia buat dengan roti bakarnya itu?

Dia buat listing dan jual di ebay!!!

Ebay seller “carlspacler76” dari Roanoke, Virginia USA, buat listing roti bakarnya di ebay dengan permulaan bida 0.99 cents pada 13/01/2012.

Dia mendapat 46 bidaan. Bidaan terakhir pada 20/01/2012, tamat pada harga USD 85!

Sudah tentu yang membida adalah peminat fanatik Tim Tebow. Tidak tahu cara apa roti bakar itu dikirim oleh ‘carlspackler76’ kepada pembida.

Ini cerita gila! Ini cerita mustahil yang benar-benar berlaku di ebay.

Sepanjang ebay ada, bermacam benda telah dijual di ebay termasuk roti bakar yang difikir mustahil untuk dijual. Sebenarnya ‘carlspackler76’ bukan menjual roti bakar, tetapi menjual kreativiti dan ada orang membelinya.

Kisah roti bakar terjual di ebay ini, patut boleh menjadi pembakar semangat untuk menjadikan ebay antara satu usaha dan cara membuka pintu rezeki.

Saya masih belajar dan mendalaminya. Pernah menghadiri kursus, belajar melalui ebook. Dan dapat merasa hasilnya. Hasil dalam USDollar. Memang seronok habis bila USD ditukar kepada RM – Ringgit Malaysia.

Kamu boleh merujuk link di bawah untuk…. Sama ada belajar melalui ebook atau menghadiri kursus

>> SAYA MAHU MENGETAHUI LEBIH LANJUT BERKENAAN BISNES EBAY <<

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge