Tokey Air Balang Fancy Jual 50 Perisa Air Di Bazar Ramadan Ajar Ilmu Free Bisnes Air Balang

Pengunjung Bazar Ramadan Rembau sangat mengenali Gerai Air Balang Fancy. Mulanya hanya ada 3 jenis air dijual. Kini terdapat 50 jenis air boleh dipilih.

Pemilik Bisnes Air Balang Fancy, Rostam Saad yang berasal dari Pahang kini tidak boleh berniaga di Bazar Ramadan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan – PKP.

Bagaimana pun rezekinya tetap ada pada Ramadan ini walau PKP dilaksanakan. Beliau berniaga air balang dari rumah sahaja. Bersama isterinya, Hasliza Alham Mohamed, beliau menjual antara enam hingga sembilan air balang di sekitar Taman Desa Permai Mampong.

Antara yang menjadi pilihan adalah, teh ais, vanilla blue, tembikai laici, air jagung, tembikai susu, strawberi coklat dan mangga yogurt. Setiap bungkusan air dijual dengan harga RM3 dan RM4, bergantung pada jenis air.

panduan memulakan bisnes air balang

Selain itu, masa terluang ketika PKP telah digunakannya untuk mengajar secara dalam talian kepada lebih kurang 3,000 peniaga muda yang ingin menjalankan bisnes air balang. Ilmu ini percuma sahaja

“Saya menerima banyak permintaan daripada anak-anak muda yang ingin belajar membuat air untuk memulakan perniagaan. Ilmu yang ada saya kongsikan dengan semua orang secara percuma sahaja kerana cara membuat 50 jenis air ini adalah hasil ciptaan saya sendiri,” Rostam Saad memberitahu.

Permintaan ini termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Kalian yang ingin belajar boleh cuba taip “Air Balang Fancy” di Facebook. Tidak tahu dia ajar berterusan atau semasa PKP ini sahaja.

panduan bisnes air balang

Atau kalian boleh mendapatkan panduan lengkap untuk memulakan bisnes air balang ini. Tetapi panduan ini berbayar, tidak percuma.

Boleh rujuk link di bawah:

[+] PANDUAN LENGKAP MEMULAKAN BISNES AIR BALANG

Selain menjual air balang, Tuan Rostam juga ada menjual serbuk dan pati membuat air bagi mereka yang berminat menjalankan bisnes air balang.

bisnes air balang pdf

Menurut Tuan Rostam, perlu ada ilmu bila menjalankan bisnes air balang ini terutama ilmu teknik asas pembuatan atau membancuh air. Air balang yang tidak dibancuh dengan betul atau tidak dibancuh dengan sekata akan menyebabkan rasanya tidak enak walau cukup bahannya.

Menurut Tuan Rostam lagi, “Kepekatan bancuhan air antara gula, susu dan perasa adalah sangat penting bagi menjamin kualiti rasa yang dihasilkan. Jadi, ilmu ini semua perlu dipelajari untuk mendapatkan hasil yang lebih baik,”

Perniagaan menjual air atau bisnes air balang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. Perniagaan ini banyak cabangnya dan boleh diusahakan di mana-mana sahaja.

Kita boleh berniaga air balang di Bazar Ramadan, pasar tani, di tapak carnival dan lain-lain. Juga boleh ambil katering untuk majlis perkahwinan, rumah terbuka, majlis pembukaan syarikat dan sebagainya.

Kalian yang memang berniat untuk memulakan bisnes air balang ini, terus bertindak. Belajar dari mereka yang pakar atau belajar dari panduan atau rujukan yang ada.

Sumber: Berita Sinar Harian Online

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge