Ustaz Don Daniyal Berkongsi 7 Amalan Yang Menjadikan Kita Hebat

Lama dahulu, dalam satu rancangan popular TV al Hijrah yang pernah beliau kendalikan, ’30 Minit Bersama Ustaz Don’, Ustaz Don Daniyal berkongsi 7 amalan Sunnah yang kemudiannya dikongsi ramai di semua saluran media sosial.

Saya kongsikan semula di sini dengan olahan sendiri untuk manfaat semua pembaca. Yang baik itu memang patut disebarkan.

….

Dalam kehidupan sehari-hari, kelakuan kita mungkin melampui batas tanpa kita sedari. Pemikiran kotor. Percakapan yang terlepas kata dan perbuatan yang mungkin membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.

Itulah manusia. Berusaha berbuat baik namun kerap kali terlangkah ke dalam lembah kesilapan.

Mujur ALLAH Maha Pengasih. DIA bukan sahaja membuka luas pintu taubat untuk hamba-NYA malah membuka jalan yang bila hamba-NYA melalui jalan itu, ia mendekatkan hamba-NYA kepada DIA.

7 amalan yang merupakah Sunnah Nabi ini bila diamalkan bukan sahaja menjadikan kita  Muslim hebat, yang penting akan mendekatkan diri kita kepada ALLAH.

7 amalan ini bukan untuk diamalkan sekali sekala, ia patut diusahakan untuk diamal setiap hari dengan tetap.

7 amalan sunnah

7 AMALAN MENJADIKAN KITA HEBAT

===

Amalan 1 – SOLAT TAHAJUD

Bagi yang sukar bangun  selepas tengah malam untuk solat tahajud pada waktu yang afdal, memadailah bangun awal sebelum subuh untuk solat tahajud. Itu lebih baik daripada tidak buat langsung.

===

Amalan 2 – BACA AL QURAN

Sebelum mata melihat dunia, alangkah baiknya bila mata itu melihat dulu ayat suci al Quran. Sebelum telinga mendengar hiruk pikuk dunia, alangkah baik bila telinga itu mendengar dulu bacaan ayat suci al Quran yang kita sendiri baca.

Ambillah kesempatan sekejap selepas solat subuh untuk membaca sepotong dua ayat al Quran sebelum matahari terbit.

Paling tidak jika tergesa mahu cepat ke tempat kerja, bacalah ayat kursi dan 3 Qul. Pasanglah CD bacaan al Quran di dalam kereta ketika memandu. Bacalah apa-apa ayat al Quran yang dihafal semasa menaiki bas ke tempat kerja.

Kenapa mesti pasang lagu?

===

Amalan 3 – JANGAN TINGGALKAN MASJID

Sebelum masuk ke mana-mana bangunan terutamannya bangunan tempat kerja, masuklah ke ‘rumah’ ALLAH dahulu. Maka sebaiknya solat Jemaah subuh di masjid.

Tidak semua orang mampu melakukan ini. Solat berjemaah itu boleh, tapi untuk selalu berjemaah di masjid itu sukar sikit. Kerapnya hanya dapat berjemaah di surau sahaja.

Buatlah apa cara untuk sekali dalam sehari dapat masuk ke dalam masjid. Selepas balik kerja, singgah dahulu di masjid. Kalau pun sudah solat asar, masuklah untuk sekadar solat sunat tahiyatul masjid.

Masjid adalah pusat barakah. Masuklah ke sana bukan hanya sekadar menyahut panggilan azan tapi untuk memakmurkan rumah ALLAH. Memakmurkan rumah ALLAH bukan sekadar waktu solat.

===

Amalan 4 – SOLAT SUNAT DHUHA

Kunci rezeki ada pada waktu dhuha.

Untuk membuka gedung rezeki, jangan lupakan kuncinya. Jika tidak rezekinya hanya sedikit, tidak berpadanan dengan kuatnya kita bekerja.

Kalau pun dapat banyak tanpa solat dhuha. Banyaknya itu seperti tidak berkat. Asyik tidak cukup.

Jika kuat berusaha tapi rezeki masih tidak memadai, carilah masa untuk mulakan solat dhuha.

===

Anda mungkin perlukan ini:

Klik di sini: >>> GANDINGKAN USAHA DENGAN BERNIAGA DI SHOPEE WALAU TANPA PRODUK, DENGAN IKHTIAR DHUHA. REZEKI DARI SHOPEE BOLEHLAH BERSEDEKAH

===

Amalan 5 – BANYAKKAN SEDEKAH

Sedekah tidak mengurangkan harta, malah menambahnya. ALLAH akan membalasnya berlipat kali ganda. Janji ALLAH itu benar.

ALLAH suka hamba-NYA yang suka bersedekah untuk hamba-NYA yang lain. Malaikat pula selalu mendoakan mereka yang suka bersedekah.

Gandingkan solat dhuha dan sedekah, Insya-ALLAH, ia ‘kuasa’ yang kuat untuk mendatangkan rezeki.

===

Amalan 6 – KEKALKAN WUDHU

Saidina Ali bin Abu Thalib ada berkata, “orang yang selalu berwudhu, senantiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan dia selalu didoakan dengan dua doa oleh malaikat, ampunilah dosa dan sayangilah dia ya ALLAH.”

Sewaktu kita bekerja, memang sukar untuk selalu berwuduk terutamanya untuk kerap membuka kasut. Caranya bila kita berwudhuk untuk solat, cubalah untuk mengekalkan wudhuk itu selama yang boleh.

Atau bila kita ke tandas sewaktu kerja, pergilah ke tandas berdekatan surau. Ada selipar di surau untuk kita buka kasut dan memudahkan kita berwudhuk selepas keluar tandas.

Mulanya memang leceh, namun ia mudah kalau sudah dibiasakan.

===

Amalan 7 – ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK

Amalkan istighfar setiap ketika, bukan sekadar selepas solat sahaja.

Kita beristighfar supaya ALLAH ampunkan dosa kita, perjalanan hidup kita dipermudahkan, rezeki kita bertambah dan yang pentingnya kita menjadi manusia yang dekat dengan ALLAH.

Bila tidak mampu untuk beristighfar panjang-panjang, sependek ‘astaghfirullah al azdim’ pun sudah cukup.

Itulah 7 perkara yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal dalam rancangan terkenalnya di TV alHijrah. Di sini saya ingin menambah amalan ke #8 yang tidak patut ditinggalkan.

===

Amalan 8 – BANYAKKAN SELAWAT

Seperti sedekah yang dibalas ALLAH berlipat kali ganda, begitu jugalah dengan selawat. Sekali kita selawat untuk Nabi Muhammad (selawat dan salam atasnya), ALLAH akan membalas selawat itu ke atas kita berlipat kali ganda.

Kita berselawat ke atas kekasih ALLAH, apakah ALLAH tidak akan membalasnya?

Sama seperti istighfar, kita berselawat ke atas nabi bukan untuk kesejahteraan nabi. Nabi Muhammad (selawat dan salam atasnya) sudah ada kedudukan yang mulia di sisi ALLAH. Kita tidak berselawat pun, kedudukan nabi tidak berubah.

Selawat ke atas nabi sebenarnya untuk diri kita, supaya kita dekat ALLAH, supaya kita mendapat syafaat nabi diakhirat nanti, supaya ALLAH ampunkan dosa kita, supaya rezeki kita bertambah dan supaya perjalanan hidup kita dipermudahkan.

===

Berusahakan untuk amalkan 7+1 amalan ini semoga ia menjadi saham kita di akhirat nanti.

Jangan lupa untuk ‘share’ dengan orang lain, jika artikel ini bermanfaat.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge