Ketika rakyat Negara luar terutamanya Barat jenuh menggunakan komputer, rakyat di Malaysia masih buat tidak endah dengan benda itu.
Sampai hari ini pun, penggunaan komputer di Malaysia sebenarnya belum lagi meluas. Capaian Internet juga tidak begitu menyeluruh. Rakyat Malaysia masih banyak yang ‘buta IT’. Komputer masih belum menjadi keperluan penting dan mendesak.
Namun dalam keadaan tidak meluas dan tidak menyeluruh itu pun, penggunaan media sosial di Malaysia dianggarkan lebih 15 juta. Antara yang tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia memang hebat. Hari ini kalau pun tiada komputer, paling tidak seorang rakyat Malaysia mempunyai telefon pintar yang ada capaian Internet.
Internet telah mengubah senario hidup manusia.
Dengan Internet manusia menjadi bijak. Dengan Internet juga manusia boleh menjadi bodoh. Dengan Internet manusia kekal biasa-biasa. Dengan Internet juga manusia boleh menjadi kaya raya. Dengan Internet manusia boleh mengumpul banyak pahala. Tidak kurang juga dengan Internet dosa manusia bertambah-tambah.
Mahu menjadi bijak atau bertukar bodoh, itu pilihan pengguna Internet. Mahu kekal biasa-biasa atau mengubah diri menjadi kaya raya, itu pilihan pengguna Internet. Mahu menambah pahala atau mengumpul dosa, itu juga pilihan pengguna Internet.
Kita mahu apa atau menjadi apa melalui penggunaan Internet… itu pilihan kita.
Bijak atau bodoh.
Betapa banyak ilmu pengetahuan yang boleh menjadikan kita pandai ada di Internet. Buat carian di google apa yang ingin diketahui dan kita akan dapatkannya. Di Wikipedia sahaja, berapa banyak maklumat yang ada di situ?
Akan tetapi menerima bulat-bulat ilmu yang ada di Internet tanpa pertimbangan akal boleh menjadikan kita bodoh. Kita perlu asas sebelum menceduk ilmu daripada Internet terutamanya ilmu agama. Kita perlu ada asas agama yang dipelajari daripada Tuan Guru secara berdepan.
Dengan asas agama ini, kita dapat menapis setiap ilmu di Internet. Kita dapat menilai yang baik untuk diambil dan diamalkan, sementara kita dapat mengenal yang jelek untuk ditinggalkan.
Asas agama ini juga dapat menghalang kita bertindak bodoh dengan menyebarkan sesuatu di facebook yang tidak sepatutnya disebarnya. Ia juga dapat menghalang kita bertindak bodoh dengan menulis sesuatu yang akan memburukkan keadaan baik di facebook atau di blog.
Biasa-biasa atau jadi kaya.
Ada mereka yang melanggan perkhidmatan Internet hanya sekadar untuk melayari facebook semata-mata. Lebih sikit untuk membaca blog. Lebih sikit lagi untuk membeli barang di lelong, mudah, lazada dan yang seumpamanya.
Sekarang banyak yang tidak mahu menjadi pelanggan perkhidmatan Internat yang biasa-biasa sahaja. Mereka mahu menjadi sebahagian dari fenomena dunia yang menjadikan Internet medium untuk berniaga. Dengan kata lain medium untuk menjadi kaya. Mereka tidak mahu hanya membeli. Mereka mahu menjual.
Wakaf pahala atau wakaf dosa.
Internet juga boleh dijadikan pilihan sebagai medium mengumpul pahala.
Mereka yang tidak mampu nasihat menasihati tentang agama secara berdepan dengan manusia lain boleh nasihat menasihat tentang kebaikan dan suruhan agama melalui Internet menggunakan facebook atau menulis di blog. Tidak mampu selalu ziarah menziarahi untuk mengeratkan tali silaturrahim seperti yang dituntut agama, maka dapat juga bertanya khabar sahabat dan saudara mara melalui media sosial.
Kerana apa yang kita tulis di Internet akan kekal disitu selagi tidak dipadamkan, ia boleh menjadi wakaf pahala yang berterusan.
Harus diingat! Seperti pahala yang kekal, dosa juga boleh kekal menjadi wakaf di Internet. Lebih-lebih bila ia sudah disebar luaskan. Kita boleh padamkan apa yang kita tulis atau gambarkan di facebook atau di blog. Akan tetapi bila ia sudah disebar luaskan sebelum kita padam, Taubat nasuha sahaja yang boleh hapuskan dosa.
Berhati-hati bila menulis atau memuat naik gambar di Internet, takut ia menjadi wakaf dosa yang boleh menjerumuskan kita ke neraka!
Bila pandai manfaatkan kelebihan Internet kita boleh jadi pandai atau kaya dan dapat mengumpul pahala. Bila tersalah guna, bukan sahaja termasuk dalam golongan orang bodoh, malah murka tuhan kerana dosa yang bertambah. Pilihlah.
Pilihan bukan di tangan kita tapi di hati. Tangan tidak boleh buat apa-apa tanpa arahan hati. Maka wajiblah sentiasa berhati-hati.
kalau yaya, mmg bnyk cri maklumat dri internet juga, tapi dalam masa yang sama, mencari juga ilmu/maklumat melalui buku dan mendengar ceramah juga…dengar ceramah adalah salah satu mendium yng paling baik juga..tapi kena tgok juga ceramah dri siapa dan pengisiannya..
Yaya recently posted..IT’S ONITSUKA TIGER!
Betul…ilmu mesti didapatkan dari banyak sumber supaya dapat dibandingkan dan dinilai….
ilmu yang terbaik hasil melalui perbandingan dari sumber muktabar..tak gitu!
Hero Borneo recently posted..Cabaran Kedua Kontest iPhone 5s Bermula
Zaman sekarang semuanya di hujung jari..baik yang kita cari..maka baiklah yang kita dapat. Kena bijak bila mencari ilmu dan maklumat bukan semuanya sahih dan tepat.
puteri kasih recently posted..CPUV Nuffnang #17 – Kotex SELV
Kita yang kena ‘pandu’ sains bukan sains yang memandu hidup kita…
bagus btul entri..ske saya membacanya
Katak Comel recently posted..Suami Tergamak Sewakan Isteri RM600 Sehari
itulah baik kita jangan up gambar yang sebarangan itu bahaya kemudian hari. nak lik pikir berkali kali..itu kalau sayalah uh..
suri recently posted..Kisahku Bersama Pemusnah Si Pemotong Menjadi Bersih
Bila orang dah gunakan gambar tu….kita padam pun sudah tidak berguna…
risua orang kita suka muat naik gambar uh…macam tiada rahsia rasanya dengan orang yang tidak dikenali
suri recently posted..Gigitan Berair Hymenopetrous Formicidae
Gambar peribadi simpan dalam album sahajalah, tidak perlu simpan dalam facebook…
Mmg betul spt kata bro tu.. apa yg kita baca di internet, perlulah difikir semula dengan akal yg sihat dan bukannya diterima secara membabi buta… Kalau terima membuta je, boleh menghuru harakan kehidupan kita…
Hairul Hissam recently posted..Kedai Cermin Mata Terbaik Di Johor Bahru & 3 Tips Mengelak Power Cermin Mata Bertambah
Kebaikan Internet itu banyak, yang buruk juga banyak…perlu bijak memilih…
Terima kasih kongsikan..peringatan ni akan dingati selalu..setuju sangat dengan apa yang diutarakan..
Hafizul recently posted..Statistik Pageview Blog
Kadang-kadang kita leka bila menggunakan internet, kerana itu perlu pesan memesan sesama kita…
semuanya bergantung kepada kita sendiri…
macam pisau…
dapur takde pisau ibarat tak lengkap…
tapi kalau salah guna pisau, buruk akibatnya…
Azam Mohamad recently posted..Ubat gout jangan ambil ubat tahan sakit farmasi
Analogi yang tepat…
“Internet juga boleh dijadikan pilihan sebagai medium mengumpul pahala. Kerana apa yang kita tulis di Internet akan kekal disitu selagi tidak dipadamkan, ia boleh menjadi wakaf pahala yang berterusan.”
Setuju sangat. Alhamdulillah..kerana dengan adanya komputer kita boleh mewakafkan sedikit pahala…
Raudzah recently posted..Saman RM300 Jika Guna “Strobe Light”